MENU SEKOLAH
▼
Monday, 18 July 2011
Wednesday, 13 July 2011
ASET SKKF 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR UNTUK
ANAK-ANAK SKKF (ST) 2011
JUMLAH CALON : 20 ORANG
ANAK-ANAK SKKF (ST) 2011
JUMLAH CALON : 20 ORANG
LELAKI : 10 ORANG
PEREMPUAN : 10 ORANG
LAWATAN TANDA ARAS DARI SK BATU LAUT SELANGOR 11 APRIL 2010
KEDATANGAN ANDA KAMI ALUKAN
Pada 11 April 2010, SK Batu Laut, Selangor telah mengadakan lawatan di SKKFST. Lawatan bertujuan sebagai penanda aras di anggotai seramai 30 orang guru. Rombongan ini tiba di SKKFST pada jam 9.30 pagi. Kedatangan mereka amat di alukan dan dirai dengan ucapan aluan dari guru besar, Pn Zakiah binti Hasshim dan di ikuti persembahan pengenalan sekolah melalui aplikasi power point oleh En.Mohd Amri bin Hussain.
Kemudian rombongan di hidangkan sajian makan tengah hari di Kantin SKKFST. Kira-kira jam 11 pagi, rombongan memulakan lawatan sekeliling sekolah. Antara tempat-tempat yang di lawati adalah bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Kaunseling, Makmal Komputer, Bilik Pemulihan, Bilik j-Qaf serta persekitaran sekolah. Mereka juga dapat melihat suasana waktu pembelajaran dan pengajaran di SKKFST. Sesi lawatan tamat jam 12.30 tengahari. Warga SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan dari SK Batu Laut
HAYATILAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi saya pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w? Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
- Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
- Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
- Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
- Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
- Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”
Tuesday, 12 July 2011
larian 1M 1S 1Malaysia
Pada 2 Julai 2011 Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia berlangsung di seluruh negara.Tidak terkecuali Sk Kg Fikri (Sg Tong).
Larian disertai murid-murid tahap 1 dan tahap 2 dan semua warga sekolah. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum larian bermula. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah begitu bersemangat untuk sama-sama berlari.
Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Sg Tong) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga Program Larian Serentak 1M1S1M berjaya dijalankan.