MENU SEKOLAH

Monday, 31 October 2011

MAJLIS KHATAM PINTAR AL-QURAN 2011


22 Oktober ( Sabtu )- Telah berlangsung majlis Khatam Pintar Al-Quran oleh murid-murid pra sekolah dan Kemas Negeri Terengganu.Seramai hampir 8000 peserta telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak,Kuala Terengganu.Sk Kampung Fikri 
(Sg Tong) turut menghantar wakil seramai 5 orang yang diiringi Guru Pra Sekolah,Pn.Nik Mazlina binti Nik Abd Rahman.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu  Y.A.B Dato' Seri Ahmad Bin Said tepat jam 2.30 petang hari tersebut.

Tuesday, 4 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK TAHUN 4






Isnin 3 Oktober 2011 Majlis Pelancaran dan Penyerahan eBOOK bagi tahun 4 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Pekan Seri Langkap yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. MB telah menyampaikan kira-kira hampir 560 unit Notebook kepada murid tahun 4 DUN Langkap.

Murid-murid ditemani ibu bapa masing-masing sangat gembira dengan penyerahan eBOOK tersebut.Semoga dengan prihatin Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat kejayaan anak didik Terengganu lebih berjaya terutama dalam bidang ICT dapat dimanfaatkan oleh mereka.



Wednesday, 21 September 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011









Selasa,20 September 2011 - SKKFST telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya bertempat di kantin sekolah.Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini adalah berkonsep kerjasama antara warga SKKFST, para pelajar dan semua warga pekerja SKKFST. Sambutan pada tahun ini juga amat meriah kerana juadah-juadah hari raya yang disediakan adalah hasil bergotong-royong serta sumbangan dari semua pihak.

Antara juadah yang menarik yang disediakan seperti  laksa,nasi, mee sup serta lain-lain juadah yang menyelerakan.
Majlis yang berakhir sekitar jam 1 petang itu telah menimbulkan kegembiraan serta kesyukuran oleh seluruh warga SKKFST dengan kehadiran bulan Syawal pada tahun ini.
Semoga syawal di tahun hadapan dapat kita raikan bersama lagi.I'Allah....



Monday, 22 August 2011

TAHNIAH KEPUTUSAN TERBAIK TRIAL UPSR 2011

TAHNIAH!!!!!
BUAT LAGI BAIK  UNTUK 13 SEPT AKAN DATANG.


Atas dari kiri: Nazatul (5A),Izzati (5A),Masitah (5A)
Bawah dari kiri: Atiah (4A 1B),Syafiq (4A 1B),Nasha (4A 1B)

Ucapan TAHNIAH ini ditujukan untuk semua guru yang bekerja keras demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah juga buat semua murid yang berjaya serta keluarga mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa demi melihat kejayaan anak tercinta. Semoga segala usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak untuk UPSR yang akan datang.


SUCCESS DOESN'T COME TO YOU!!!!!!

YOU GO TO IT....

Monday, 15 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, SKKFST telah  menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua warga sekolah dan murid tahap 2 serta turut mengundang beberapa ahli PIBG untuk sama-sama mengimarahkan majlis tersebut.

Majlis ini  diadakan secara "pot luck". 
Lokasi:     Kantin SKKFST
Tarikh:  15 Ogos 2011
Masa: 
6.30PM

Aturcara majlis
2.30 PM - Persediaan juadah
5:00 PM - Ketibaan dan persediaan ( Pot Luck)
7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
8:30 PM - Bersurai

 Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. 


Puan guru besar turut turun padang membantu membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.


Sebelum waktu berbuka tiba,murid-murid diberi "terapi minda" oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal di Surau SKKFST


Guru dan kakitangan bekerjasama membuat persiapan 



Antara juadah berbuka yang disediakan 

Monday, 8 August 2011






Barisan pengawas SKKFST yang terdiri daripada 20 orang murid,10 lelaki 10 perempuan.
Guru penasihat ialah En.Sulaiman bin Salleh.

Tuesday, 2 August 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN








KELEBIHAN RAMADHAN

Ramadhan datang dan pergi,Tanpa kita menghargainya.....
Ramadhan disambut dengan cara tersendiri oleh murid dan warga sekolah SK Kampung Fikri (Sg Tong),setiap pagi solat sunat Dhuha dan sunat Hajat serta Tadarus Al-Quran dijalankan sepanjang bulan Ramadhan di Surau sekolah.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wednesday, 13 July 2011

ASET SKKF 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR UNTUK
ANAK-ANAK SKKF (ST) 2011

 JUMLAH CALON : 20 ORANG
LELAKI                 : 10 ORANG
PEREMPUAN       : 10 ORANG

LAWATAN TANDA ARAS DARI SK BATU LAUT SELANGOR 11 APRIL 2010


KEDATANGAN ANDA KAMI ALUKAN

Pada 11 April 2010, SK Batu Laut, Selangor telah mengadakan lawatan di SKKFST. Lawatan bertujuan sebagai penanda aras di anggotai seramai 30 orang guru. Rombongan ini tiba di SKKFST pada jam 9.30 pagi. Kedatangan mereka amat di alukan dan dirai dengan ucapan aluan dari guru besar, Pn Zakiah binti Hasshim dan di ikuti persembahan pengenalan sekolah melalui aplikasi power point oleh En.Mohd Amri bin Hussain.

Kemudian rombongan di hidangkan sajian makan tengah hari di Kantin SKKFST. Kira-kira jam 11 pagi, rombongan memulakan lawatan sekeliling sekolah. Antara tempat-tempat yang di lawati adalah bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Kaunseling, Makmal Komputer, Bilik Pemulihan,  Bilik j-Qaf serta persekitaran sekolah. Mereka juga dapat melihat suasana waktu pembelajaran dan pengajaran di SKKFST. Sesi lawatan tamat jam 12.30 tengahari. Warga SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan dari SK Batu Laut

HAYATILAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi saya pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w? Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
  1. Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  2. Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
  3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
  4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”
Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau. Mari kita lihat pula rasul-rasul yang telah ditugaskan untuk menjaga lapisan langit.

Tuesday, 12 July 2011

larian 1M 1S 1Malaysia






Pada 2 Julai 2011 Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia berlangsung di seluruh negara.Tidak terkecuali Sk Kg Fikri (Sg Tong).

Larian disertai murid-murid tahap 1 dan tahap 2 dan semua warga sekolah. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum larian bermula. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah begitu bersemangat untuk sama-sama berlari.

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Sg Tong) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga Program Larian Serentak 1M1S1M berjaya dijalankan.