...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 23 May 2012

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula esok 25 Mei hingga 9 Jun 2012 bagi sekolah-sekolah Di Malaysia.Selamat Bercuti kepada semua murid dan warga pendidik.Jaga diri dan Kesihatan.Cuti selama dua minggu. Apa nak buat ye? Bagi sesiapa yang tidak merancang, sudah tentu tidak tahu apa yang hendak dilakukan masa cuti tersebut. Rancanglah apa yang sepatutnya anda lakukan. Baik sebagai guru mahu pun pelajar.

Tuesday 22 May 2012

AMBIL PELUANG!!!

SASARAN : MURID TAHUN 1
TINDAKAN : GURU KELAS

 walaupun ebook hanya untuk tahap 2 tetapi murid tahun 1 tidak mahu melepaskan peluang untuk belajar cara penggunaan eBook yang dibekalkan oleh kerajaan negeri itu.Guru kelas  mengambil 1 slot untuk murid tahun 1 bagi mendekatkan lagi murid tentang ICT terutamanya.
"terima kasih cikgu bagi kami peluang"










Monday 21 May 2012

LAWATAN DARI SK SUNGAI LAS

22 Mei 2012 (Selasa) - SKKFST  telah menerima satu lawatan  dari SK Sungai Las pada hari ini diketuai oleh Tuan Guru Besar SK Sungai Las ,Mohd Ghazali bin A Rahman. Lawatan ini untuk melihat secara dekat cara susunan dan pengurusan fail SKKFST. Untuk makluman, SKKFST merupakan salah sebuah calon sekolah kluster kecemerlangan  daerah Setiu yang akan dinilai pihak panel SKK pada pertengahan Jun ini. Semoga perkongsian maklumat ini memberi panduan dan gambaran yang berguna pada masa akan datang. Pihak SKKFST  mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada SK Sungai Las.




Saturday 19 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

SETIU ( 16 Mei 2012) Sambutan Hari Guru Dan Pekerja disambut serentak dengan meriah di SK Kampung Fikri ( Sg Tong ).Aturcara yang telah dijalankan seperti:
8.00pg   :   Berhimpun
                 -Bacaan Doa
                 -Bacaan Perutusan
                 -Ucapan Guru Besar
                 -Koir Guru
                 -Bacaan Ikrar

9.30pg   :Perlawanan Bola Tampar
              -Acara Guru
                1.Boling Tin
                2.Isi Air Dalam Botol
                3.Menjaring Bola Jaring
                4.Menjaring Bola Sepak

10.00pg   :Rehat
11.00pg   :Persembahan Murid
               :Penyampaian Hadiah
               :Cabutan Bertuah
1.30Tgahari   : Jamuan Guru
1.30ptg   : Bersurai

Bacaan Perutusan Hari Guru Oleh Guru Besar Dan PK Sekolah Serta Wakil Murid
Bacaan Ikrar Hari Guru
Koir Guru Dipimpin Oleh PKKo Sendiri
Acara Sukaneka Turut Menjadi Acara Hari Guru
Sebagai Sekolah Bitara Bola Tampar Acara Tersebut Tidak Ketinggalan Untuk Para Guru & Pekerja Merasai "Kebitaraannya"
Acara terakhir yang paling ditunggu oleh murid iaitu pemberian hadiah kepada guru yang tercinta.


Monday 14 May 2012

TAKLIMAT SBT 2012

GURU BESAR SKKF(ST) MENGHADIRI TAKLIMAT PENCALONAN SBT 2012

Sunday 13 May 2012

KEM BESTARI SOLAT

TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh   : 13 Mei 2012
Hari      : Ahad
Tempat : SK Kg Fikri (Sg Tong)

MATLAMAT
1.Melahirkan generasi yang terdidik dengan solat
2.Menilai keupayaan murid menunaikan solat dengan cara yang betul

OBJEKTIF
1.Berwuduk dengan sempurna
2.Mengetahui perlakuan solat dengan sempurna
3.Mengetahui bacaan dalam solat

SASARAN
1.Murid tahun 1 seramai 30org

TINDAKAN
1.Guru J-QAF dan Guru KAFA

 

SELAMAT HARI GURU

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi 
Pendidikan Negara
Hari Guru akan disambut pada 16 Mei 2012 (Rabu) diseluruh negara.Kepada semua yang bergelar guru selamat menyambut hari guru."Terima Kasih Cikgu"

Lawatan Penanda Aras Ke SS1


Monday 7 May 2012

BITARA BOLA TAMPAR


Sunday 6 May 2012

KAMI JUARA LAGI !!!!

JOHAN PERINGKAT DAERAH SETIU
Public Speaking - C.W.Haifa Irdina bt C.W. Ralisyardy
Story Telling - Nur Afiqa Sakinah bt Hj Hassan 
Peserta bersama jurulatih En.Wan Izimi dan Puan Siti Fasha

Pertandingan Ko-Akademik B.Inggeris Peringkat Daerah Setiu
Tarikh : 3 Mei 2012
Tempat : SK Lembah Jaya