...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 28 July 2012

Ihya Ramadhan 1433H

Sesungguhnya peluang ramadan sebulan yang dihidangkan nanti, adalah masa yang sangat berharga yang tidak ada tolak bandingnya dengan bulan-bulan yang lain. Inilah kesempatan yang sangat baik untuk kita bermuhasabah, beribadat dengan tekun, membaca Al-Quran sebanyak-banyaknya, berilah kesempatan dan luangkan masa untuk diri kita sendiri, Setelah sebelas bulan dihabiskan untuk kepentingan kerjaya kita dalam semua lampangan .Kita telah mengerah tenaga ,wang ringgit dan masa yang begitu banyak bagi mencapai impian kita ,untuk kewajipan rumahtangga kita dan untuk semuanya .Sekarang tibalah masa kita korbankan harta benda ,wang ringgit dan juga masa bagi takarub kepada Allah tuan empunya diri kita ,tuan seluruh alam. Dalam sebulan yang diperuntukan ini .Maka jangan kita lupa kepada mereka yang memerlukan, mereka yang yang telah berjuang untuk jalan Allah ,Seperti orang miskin ,anak yatim ,ibu tunggal .Juga kepada Institusi Pengajian Islam Persendirian yang berkorban dengan jiwa yang ikhlas memberi pelajaran islam, menanam aqidah yang suci untuk anak bangsa , agama dan negara.

Monday 23 July 2012

SALAM RAMADHAN DARI WARGA SKKFST

Sunday 22 July 2012

JALAN-JALAN PRA SEKOLAH

@Muzium Negeri
Timba ilmu di Pusat Sains & Kreativiti (Planetarium)
Ronda-ronda di Taman Tamadun Islam.

Sunday 15 July 2012

KEM KECEMERLANGAN BELAJAR 2012

TEMPAT : RESORT SERI INDAH, BATU BUROK,
   KUALA TERENGGANU
TARIKH : 12 - 14 JULAI 2012
HARI      : KHAMIS - SABTU
Sesi motivasi oleh En Mohammad bin Ibrahim kepada calon UPSR dan Pra UPSR
program 'treasure hunt' oleh sir wan izimi kepada murid tahun 5 (calon Pra UPSR)
sesi uji minda dengan soalan basic of mathematic oleh cikgu Rosliwati
belajar dalam suasana tenang dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa 
masa riadah petang dihabiskan dengan mandi kolam
Majlis penutup oleh Puan Guru Besar sendiri.
semoga peserta kem dapat mengambil pengalaman ini sebagai peransang
 untuk lebih berjaya di masa hadapan.
"Jumpa lagi tahun depan"

Tuesday 10 July 2012

SENAMROBIK 1M 1S 1M'SIA

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'Largest Simultaneous Participation of School Student In An Aerobic Session'.

Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi
Antara aturcara yang dijalankan:
7.00-7.30 pg : Pendaftaran mengikut kelas
7.40 pg        : Bacaan doa
7.45 pg        : Bacaan perutusan Timbalan Perdana Menteri
8.00 pg        : Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia
9.00 pg        : Sukan mini mengikut rumah
                    - Bola sepak 5 lwn 5
                    - Bola jaring 4 lwn 4
                    - Bola tampar 4 lwn 4 (L)
                    - Bola tampar 4 lwn 4 (P)
                    - Bola tampar Tahap 1 3 lwn 3 (L)
                    - Bola tampar Tahap 1 3 lwn 3 (P)
10.30 pg      : Rehat
11.00 pg      : P & P berjalan seperti biasa
 Pendaftaran peserta bermula seawal jam 7.15 pagi
Bacaan doa dan perutusan 1m 1s 1m'sia
Nyanyian lagu Negaraku yang begitu semangat
Antara moderator senamrobik yang begitu 'sporting'
Kehebatan murid bersenamrobik 
Acara-acara sampingan yang telah dijalankan

Sunday 8 July 2012

HAFAZAN AL-QURAN

Bilik Menunggu : murid diletakkan dalam satu bilik untuk menghafal sebelum dipanggil untuk diuji hafazannya.
menunggu di luar bilik ujian sambil menghafal surah yang diberi.
Murid sedang diuji oleh Jurutasmi'e daripada Pejabat Agama Setiu
Tarikh : 9 Julai 2012
Hari : Isnin
Masa : 11.00pagi
Ujian Menghafaz Al-Quran Pelajar-pelajar Sekolah Negeri Terengganu Tahun 1433H/2012M telah diadakan di SK Kampung Fikri (Sg Tong).Antara sekolah yang hadir ialah :
SK Kg Jaya - 26orang
SK Tayor - 24orang
SK Pak Ba - 21orang
Sk Kg Fikri - 33orang
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

KECEMERLANGAN SUKAN USAHA BERSAMA
TARIKH : 10 JULAI 2012
HARI : SELASA
MASA : 8.00 - 10.30 PAGI

Tuesday 3 July 2012

VERIFIKASI SKK 2012

PEMERIKSAAN KHAS JEMAAH NAZIR PENCALONAN
 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2012
Tarikh : 3 Julai 2012
Masa : 8.00 pagi
Hari : Selasa
Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam bidang akademik,kokurikulum,sahsiah dan penampilan diri.Sekolah ini juga mempunyai bidang kebitaraan ("niche areas") yang menggambarkan watak sesebuah sekolah.
"Terima Kasih" dari pihak pengurusan kepada semua yang terlibat
 samada secara langsung dan tidak langsung.
"SELAMAT MAJU JAYA"