...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA


Sunday 21 April 2013

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH 2013

SETIU - SKKFST telah menyertai PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH 2013 hari ini 22 APRIL 2013 (Isnin) di SK Guntong Luar. Pihak sekolah telah diwakili oleh 2 orang murid 6 Jasmin.

Wakil sekolah terdiri daripada :


1. Adik Nur Afiqa Sakinah binti Hj Hassan (Johan Daerah - Story Telling dan akan mewakili Daerah keperingkat Negeri Terengganu pada 24 April 2013).
2. Adik Nur Najihah binti Hj Saifuddin ( Tempat - 3 Public Speaking )

Johan Story Telling Daerah 2013 - Adik Nur Afiqa Sakinah binti Hj Hassan
Tempat Ke-3 Public Speaking - Adik Nur Najihah binti Hj Saifuddin
Bersama Guru Pengiring ( Cikgu Yuzrida & Cikgu Siti Fasha )
TAHNIAH buat kamu semua..kami warga SKKFST amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai.
Orang kuat disebalik kejayaan yang dicapai - Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin.
CONGRATULATION  SIR!!!!!






Saturday 20 April 2013

PEMANTAUAN LINUS 2013

Ahad,21 April 2013 - SKKFST telah didatangi oleh Pen.Pengarah Lembaga Peperiksaan En.Romzi bin Anuar dan  turut mengiringi adalah Pegawai LINUS PPD Setiu En.Ramlee bin Awang Kechil bagi pemantauan LINUS sekolah.Pemantauan selama lebih 1jam itu berakhir pada 10.30 pagi tadi.
Penyelaras LINUS berbincang sesuatu bersama PKHEM
En.Romzi bin Anuar

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST 2013

MARANG - Kejohanan bola tampar MSS Terengganu telah diadakan pada 18 hingga 20 April 2013 bertempat di SMK Wakaf Tapai,SK Bukit Jejulong,IKBN dan ILP mengikut kategori yang dipertandingkan.SEbelum itu latihan pusat telah diadakan pada 15 hingga 17 april 2013 bertempat di SK Kampung Buloh.Tahniah kepada 2 orang wakil SKKFST iaitu Adik Muhammad Nur Ieman bin Norudin dan Adik Ahmad Khairuddin bin Asaud kerana telah terpilih mewakili MSSD Setiu dalam kejohanan tersebut.Tahniah juga diucapkan kepada Team L12 Setiu kerana memenangi tempat ke-3 dalam kejohanan semalam.
Bagi peserta lain iaitu P12,P18 dan L18 walaupun tidak berjaya tahniah juga diucapkan kerana sampai ketahap ini.kami sangat berbangga dengan kejayaan tersebut.TAHNIAH!!!
Team L12 ( SKKFST vs SK Banggol )
Bersalaman setelah penat berjuang dan berpuas hati menduduki tempat ke-3
Nur Ieman Norudin (kiri ) Ahmad Khairuddin Asaud (kanan)
Bersama Team Hulu Terengganu
Team P12 ( SKKFST vs SK Banggol )
Aksi-aksi yang sempat dirakam lensa
Nasihat teknikal daripada jurulatih dan juruteknik daerah.
Team MSSD Setiu 2013







Tuesday 16 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK DUSUN (KUALA BERANG)

Lawatan penanda aras ke SK Dusun ( Kuala Berang ) telah diadakan pada hari Khamis 11 April 2013. Seramai 6 orang anggota rombongan telah menyertai lawatan ini yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru panitia dan kakitangan SKKFST.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dalam penyediaan ‘RFP’ (Request For Proposal) dan pengurusan kewangan bertepatan dengan SK Dusun yang telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.

 Ribuan terima kasih atas kesudian pihak SK Dusun menerima rombongan kami dengan baik sekali  dan ini merupakan  satu sokongan yang amat kami hargai dalam usaha kita bersama untuk merealisasikan visi pendidikan negara.
Antara sudut-sudut yang menarik perhatian kami sepanjang lawatan tersebut.
 TERIMA KASIH DAUN KELADI..
LAIN KALI KAMI DATANG LAGI...

Wednesday 10 April 2013

MTQ DAERAH SETIU 2013


9 April 2013 - MTQ peringkat daerah Setiu telah diadakan dengan jayanya di SK Pelong,Setiu.Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SK Pelong atas kejayaan cemerlang mengendalikan majlis besar itu .
Tahniah buat seorang wakil SKKFST,Adik Alisya Izwani bt Yusof (Hafazan) kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.Buat Adik Syahira bt Samsuddin (Bercerita) juga diucapkan tahniah kerana berjaya sampai ketahap Daerah walaupun tidak berjaya. Walaupun tempat saguhati, usaha beliau sangat kami hargai.
Terima kasih dan  tahniah kepada Guru pembimbing yang telah melatih kedua-dua wakil SKKFST.

Tuesday 9 April 2013

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN 2013

Kejohanan Padang & Balapan kali ke-22 Tahun 2013 telah diadakan pada 11-14 Mac 2013 bertempat di SMK Bukit Nenas.Kerana kesuntukan masa, di sini Admin ingin memohon maaf lambat memasukkan berita kejohanan tersebut.
Walau bagaimanapun syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta juga kepada jurulatih yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat anak didik berjaya samada dalam bidang akademik mahupun sukan.

Monday 8 April 2013

KEJOHANAN BOLA TAMPAR P12 MSSD 2013

TARIKH : 7-8 APRIL 2013
MASA : 2.30 PETANG – 7.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR SK SAUJANA (FINAL)

TAHNIAH kepada pasukan bola tampar P12 SKKFST kerana berjaya mengharumkan nama SKKFST dengan bergelar JOHAN MSSD Setiu 2013 mengalahkan SK Banggol 30-21 dalam perlawanan akhir semalam.
Berikut adalah keputusan kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu 2013 kategori  P12

1.SK Kampung Fikri Sg Tong ( Johan )
2.SK Banggol ( Naib Johan )
3.SK Saujana ( Ketiga )
pasukan bola tampar P12 MSSD Setiu 2013
Penyampaian hadiah disampaikan oleh En.Mohd Khalili bin Mohamed Nawi (Penyelia Sukan PPDS) pada jam 7.00 petang.
Bersama EMAS yang telah dimenangi...TAHNIAH

KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 MSSD 2013

Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki SKKFST, sekali lagi pasukan bola tampar lelaki SKKFST  telah mengharumkan nama sekolah dengan kemenangan dalam kategori Pertandingan Bola Tampar L12 MSSD Setiu 2013!
Pertandingan Bola Tampar MSSD Setiu 2013 telah berlangsung di SK Saujana pada 7/4/13 hingga 8/4/13.Beberapa buah pasukan sekolah telah menyertai pertangdingan kali ini seperti SK banggol,SK Kampung Buloh,SK Chalok Barat dan banyak lagi.Semua pertandingan dijalankan di gelanggang bola tampar SK Saujana.Pertandingan bagi kategori lelaki dijalankan pada 7/4/13 (Ahad)

Berikut adalah keputusan kejohanan bola tampar kategori L12  MSSD Setiu 2013:

1. SK Banggol ( Johan )
2. SK Saujana ( Naib Johan )
3. SK Kampung Fikri Sg Tong ( Ketiga )

pasukan bola tampar SKKFST L12
Aksi Team SKKFST melawan pihak lawan
TAHNIAH dan SYABAS....

PERTANDINGAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR 2013 (B12)

SK SERI LANGKAP, 08 April 2013  Kejohanan Bola Jaring MSS Zon Setiu Timur 2013 telah diadakan dengan jayanya.Pertandingan yang bermula pukul 2.30 petang dan berakhir hampir jam 6.00 petang menyaksikan persaingan sengit antara sekolah-sekolah Zon Setiu Timur.

Walaupun tidak memenangi perlawanan ini Pn.Maheran selaku jurulatih berkata " skkfst telah menghantar team kedua kerana bertembung dengan kejohanan bola tampar di SK Saujana, walaubagaimanapun syabas juga diucapkan kepada team kita sekurang-kurangnya memberi mereka pengalaman" kita cuba lagi tahun depan...


Sunday 7 April 2013

TAHNIAH DAN SYABAS...

'MOCK CHECK' DAN SIJIL ANUGERAH yang dibawa pulang dari Putrajaya untuk tatapan warga SKKFST

VERIFIKASI SKPM OLEH JEMAAH NAZIR

3 April 2013 - Guru SKKFST bergambar bersama 3 orang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

ANUGERAH PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

 
PUTRAJAYA -SKKFST telah diiktirafkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Majlis pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 berkenaan telah dijalankan di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12,  Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persukutuan, Putrajaya yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Seri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Guru Besar SKKFST Pn.Zakiah binti Hasshim telah menerima 'mock check' berjumlah RM250,000.00 peruntukan untuk digunakan bagi merancang program yang melibatkan kebitaraan sekolah.

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar dan pihak pengurusan sekolah kerana bersama-sama meletakkan nama SKKFST sebaris dengan nama-nama hebat yang lain.
TAHNIAH kepada semua...

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS 2013

07April 2013 (Ahad) – Pertandingan ko-akademik Bahasa Inggeris peringkat Zon Setiu Timur telah berlangsung di Dewan Sk Bukit Mundok,Setiu bermula 9.30 pagi hingga jam 1.30 petang yang telah dirasmikan oleh Encik Shamsul Rafizi bin Ramli (PPDS). SKKFST seperti biasa telah menghantar wakil untuk kategori action song,public speaking dan story telling. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali.SKKFST telah mencapai pencapaian yang membanggakan apabila telah mendapat JOHAN dalam kategori Public Speaking dan Story Telling manakala action song  mendapat tempat ke-2.Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tahniah juga diucapkan buat guru pembimbing iaitu Cikgu Wan Izimi telah bertungkus lumus mencipta lagu Action Song dalam masa yang singkat dan akhirnya mendapat kejayaan walaupun sekadar Naib Johan.Tahniah kepada semua yang telibat juga samada secara langsung dan tidak langsung.