...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 25 May 2013

RENUNGAN AHAD


Wednesday 22 May 2013

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2013


Tuesday 21 May 2013

SEKADAR RENUNGAN...


Sunday 19 May 2013

MINGGU PEPERIKSAAN

Minggu peperiksaan pertengahan tahun kini bermula. Peperiksaan telah bermula semalam.
Para pelajar telah diberi penerangan dan motivasi bagi  
menghadapi peperiksaan tersebut. Peperiksaan  ini  akan berakhir
pada 22 Mei 2013 . Warga SKKFST serta ibu bapa mendoakan kejayaan
anda di dalam peperiksaan ini.  

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

TARIKH :  16 MEI 2013
MASA : 8.00 PAGI
BERTEMPAT DI : KANTIN SKKFST
TEMA : “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA”
 
Aturcara Majlis
8.00 Pagi   -  Perhimpunan
8.15 Pagi   -  Bacaan Doa
                 -  Bacaan Perutusan
                 -  Ucapan Guru Besar
                 -  Koir Guru Dan Bacaan Ikrar
9.00 Pagi  -  Acara Guru - Bola Tampar
                                       - Sukaneka
10.30 Pagi - Rehat & Jamuan Guru
11.00 Pagi - Persembahan Murid
                 - Penyampaian Hadiah
                 - Cabutan Bertuah
1.00 Ptg    - Bersurai
                

Nyanyian lagu Negaraku dan Koir Guru
Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin
Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal
Sebagai sekolah bitara bola tampar selepas diisytiharkan Sekolah Kluster Kecemerlangan,acara pertandingan bola tampar antara guru mengikut rumah sukan menjadi acara wajib bagi setiap majlis berkaitan

Pelbagai aksi dapat dirakam lensa bila guru dan kakitangan turun gelanggang



MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013 telah diadakan pada 15 Mei 2013 (Rabu) di Makmal Komputer SKKFST.
Ucapan Aluan oleh pengerusi majlis dan Puan Guru Besar pembuka majlis
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali sekaligus menyampaikan Hadiah Kecemerlangan kepada wakil murid cemerlang UPSR 2012.Tahniah diucapkan...
Perbincangan antara AJK dijalankan sehingga jam 4.30 petang



Saturday 11 May 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE 2013

Mentor
bermaksud seorang individu yang dilantik untuk membimbing meningkatkan
perkembangan potensi diri murid. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih
berjaya atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai ”role model”.

Mentee

bermaksud individu yang dibantu oleh mentor dalam proses ”mentoring” dan
biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan untuk pembangunan kendiri
dan penyesuaian diri dalam kehidupan seorang murid.



Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee ini telah diadakan pada 12 Mei 2013. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan tentang program mentor-mentee oleh Cik Nor Azlah binti Azizan selaku Guru Penyelaras program. Program mentor-mentee  melibatkan semua murid SKKFST termasuk Prasekolah  Seterusnya, Cik Nor Azlah binti Azizan menjemput Puan Guru Besar, Pn.Zakiah binti Hasshim untuk menyerahkan fail Mentor-mentee  kepada mentor-mentor sebagai simbolik Perasmian Program Mentor-Mentee tahun 2013.
 Guru-guru menerima fail MENTOR MENTEE daripada Guru Besar
Prasekolah bersama mentor
 Tahun 1 bersama mentor
Tahun 2 bersama mentor
Tahun 3 bersama mentor
Tahun 4 bersama mentor
Tahun 5 bersama mentor
Tahun 6 bersama mentor

CONTOH FAIL MENTOR MENTEE YANG AKAN DIGUNAKAN



Wednesday 8 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013


GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA...Begitulah bunyi tema hari guru tahun 2013 yang akan disambut serentak diseluruh Malaysia pada 16 Mei 2013 ( Khamis ).

Lirik Lagu : Kami Guru Malaysia (Lagu Hari Guru)

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

SELAMAT HARI IBU

Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu. Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013 ( AHAD )

Kenapa perlu sambut Hari Ibu?

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya

KEM BESTARI SOLAT 2013

Pada 08 Mei 2013 (Rabu ) Jawatankuasa jQAF SK Kampung Fikri (Sg Tong) dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2013 di Makmal Komputer. Semua murid  dari Tahap 1 terlibat dalam Kem Bestari Solat kali ini.
 Program ini merupakan aktiviti yang dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk memastikan murid dapat mempratikkan solat dalam kehidupan mereka. selain itu, program ini juga bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pergerakan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. malah, program ini juga bertujuan untuk melahirkan murid yang cermelang di dunia dan akhirat.

Tuesday 7 May 2013

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SETIU 2013

"PASUKAN CHORAL SPEAKING SKKFST"
Serius - Para hakim sedang menilai peserta yang bertanding
Dengan bangganya kami mempersembahkan tajuk Choral Speaking "My School"
SETIU -  07/5/2013 (Selasa), pasukan Choral Speaking SKKFST telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Sekolah Rendah Peringkat Daerah Setiu 2013 yang  diadakan di SK Saujana. Walaupun hanya meraih tempat Ke-3, namun peserta-peserta daripada pasukan sekolah telah menimba pengalaman yang sangat berharga di sana.Kita cuba lagi tahun depan!!!!!


Wednesday 1 May 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Pada 25-27 April 2013 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Kampung Fikri (Sg Tong) telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di Tapak Perkhemahan sekolah. Program selama tiga hari ini disertai oleh para peserta dari unit beruniform  Pengakap Kanak-Kanak  dan Pergerakan Puteri Islam Tahap 2. Pelaksanaan perkhemahan ini diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin selaku Kem Komandan.

Di sepanjang perkhemahan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kem Bistari Solat, aktiviti kawad kaki, membuat gajet, memasak, senaman pagi serta persembahan malam kebudayaan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para peserta telah mendapat pelbagai pengalaman baru serta pelbagai pengetahuan yang tidak dipelajari di dalam kelas. Tambahan pula, ini adalah pengalaman menyertai perkhemahan kali pertama bagi sebilangan  peserta dan menjadikan mereka begitu teruja dan gembira.

Majlis penutup perkhemahan ini telah diadakan pada hari Sabtu (27/4/2013) dan disempurnakan oleh Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad iaitu GPK Pentadbiran SK Kampung Fikri (Sg Tong).

Peserta melapor diri pada jam 2.00 petang ( 25 April 2013 )
Para peserta mempamerkan bakat mencipta gajet bersama guru penasihat perkhemahan
Aktiviti mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam
Acara wajib bila ada perkhemahan iaitu malam kebudayaan
Senamam pagi @ senamrobik telah diketuai oleh jemputan khas Dari SK Tayor iaitu CikguYusaidi
Sukaneka memeriahkan lagi suasana dengan gelagat para peserta
Pertandingan kawad kaki
Acara penutup yang telah disempurnakan oleh Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad GPK Pentadbiran SKKFST
UNIT KOKURIKULUM MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MENJAYAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2013 INI DENGAN JAYANYA.KITA JUMPA LAGI TAHUN DEPAN..INSYALLAH.....