...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 29 July 2013

SALAM SYAWAL 2013

Seiring dengan berlalunya bulan Ramadhan tahun ini, Kemenangan telah kita gapai, Dalam segala kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu, Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT.
Kami warga SKKFST mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H. Mohon maaf zahir & batin.

Monday 22 July 2013

MAJLIS AL-IFTHAR 2013

22 Julai 2013  Satu  Majlis Berbuka Puasa SKKFST telah berlangsung bertempat di Kantin sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada YDP PIBG,Pengurus-Pengurus Ladang,Pengurus Kilang Sawit.AJK PIBG serta  warga SKKFST.
Acara Majlis Berbuka Puasa yang bermula seawal jam 6.30 telah dimulai dengan bacaan Tahlil beramai-ramai  yang telah diketuai oleh Imam Abdul Rahman iaitu Imam Ladang Fikri,Sg Tong sehinggalah waktu berbuka puasa. Melalui majlis ini, warga SKKFST dan pihak luar  dapat berkumpul bersama-sama dan saling berkenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
Tazkirah kepada murid sebelum waktu berbuka.
Penyampaian Saguhati kepada calon-calon UPSR yang capai target kempen " Tanpa C "
Diucapkan terima kasih kepada orang dapur kerana menyediakan juada berbuka yang sangat sedap.
Budaya kerjasama yang selalu dititikberatkan oleh warga SKKFST apabila mengendalikan sebarang keraian.
Bersiap untuk menikmati juadah berbuka.


MAJLIS KENANGAN BUDI 2013

Pada 22 Julai 2013 ( Isnin ), Kelab Guru Dan Kakitangan SKKFST telah menganjurkan majlis perpisahan kepada guru yang bertukar iaitu Cikgu Norudin bin Yahya yang bertugas di SK Lembah Bidong dan juga Kerani iaitu Pn.Fazilah Jamiah binti Wahab yang bertukar ke SK Methodist Petaling Jaya, Selangor.
Kami warga SKKFST sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.

Majlis semalam juga adalah sempena meraikan kedatangan seorang cikgu baru iaitu Cikgu Siti Rokiah binti Sidek,Cikgu siti bertukar dari Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus Kapit,Sarawak.Warga SKKFST mengalu-alukan kedatangan cikgu di sini.Selamat menjadi warga SKKFST.

Gambar sepanjang majlis perpisahan...
 Insan yang dirai..dari kanan ( Cikgu Siti Rokiah,Pn.Fazilah Jamiah dan Cikgu Norudin )
Penyampaian Cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Sedikit ucapan daripada insan yang dirai


Sunday 21 July 2013

GOOD LUCK !!!

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013 KEPADA SEMUA ANAK DIDIK TAHUN 6 SKKFST KHASNYA DAN SEMUA MURID TAHUN 6 DI TERENGGANU UMUMNYA.SEMOGA ANDA BUAT YANG TERBAIK.

Sunday 14 July 2013

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

SKKFST kehilangan seorang kakitangan iaitu Pn.Fazilah Jamiah binti Wahab ( Baju Pink ) yang akan memulakan khidmatnya di tempat baru esok  di SK Methodist Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah berkhidmat selama  2 tahun lebih  di SKKFST.Warga SKKFST  mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru.Kami  merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan di sini.

Saturday 13 July 2013

PENGISIAN BULAN RAMADHAN

Pengisian Bulan Ramadhan di SKKFST diisi  dengan bertadarus Al-Quran yang mana murid dan guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan .Tadarus dilakukan di kantin sekolah bagi menghabiskan waktu rehat.
Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dan keredhaan Nya...amin

"Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para
sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an
sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya
seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing.

Imam Asy-Syaaf’i umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Seorang ulama' lain bernama Mujahid, khatam Quran antara Maghrib dan Isyak
pada setiap malam di bulan Ramadhan. Qatadah pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam.

Selain itu, ulama terdahulu telah menangguhkan majlis majlis ilmu mereka di bulan
Ramadhan bagi memberi lebih tumpuan terhadap Al-Qur’an. Imam Az-Zuhri misalnya
apabila tiba bulan yang berkat ini, beliau menangguhkan sebarang majlis ilmu, bagi
menghayati tilawah dan mendalami Al-Qur’an. Beliau membacanya pada mashaf.

Demikian juga Imam Malik r.a. beliau meninggalkan buat sementara waktu sebarang
aktiviti pengajian hadis dan fekah bagi mentadabbur Al-Qur’an. Sehubungan ini beliau
pernah menyatakan: “ هذا شهر القرأن ”. Ertinya, ini ialah bulan Al-Qur’an.

Perhatian: Mengikut Imam Nawawi, sebahagian Ulama' menghukum makruh
mengkhatamkan Al-Quran dalam sehari semalam. Mereka berdalilkan hadis sahih dari Abdullah bin Amru bi Al-A'ss katanya:

قال رسول الله : لا يفقه من قرأ القرأن في أقل من ثلاث
Maksudnya: Tidak dianggap faqih seseorang yang mengkhatamkan
Quran kurang dari 3 hari."

Saturday 6 July 2013

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

SKKFST kehilangan seorang tenaga pengajar iaitu En. Norudin bin Yahya ( memakai kacamata hitam ) yang telah memulakan khidmatnya di tempat baru hari ini di SK Lembah Bidong,Setiu. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di SKKFST.Warga SKKFST pastinya akan merindui cikgu Norudin dan  mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru.Kami  merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan di sini.Tugas terakhir Cikgu Norudin di SKKFST adalah menjadi Hakim bagi Kejohanan Balapan Dan Padang 2013 pada 4 Julai lepas.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013

Setiu 3-4 Julai 2013 (Rabu & Khamis). Alhamdulillah...Bertempat di Arena Fikri  dengan disaksikan oleh kehadiran hampir 100 tetamu, murid, guru dan para atlet yang mengambil bahagian, telah berlangsung upacara gilang-gemilang Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SKKFST kali ke-4 tahun 2013. Kejohanan kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Dollah bin Mat Ali merangkap YDP PIBG SKKFST.Tuan YDP  melalui ucapan perasmiannya telah menyarankan bahawa penglibatan para murid  dalam kejohanan berprestij seperti ini memerlukan pengorbanan yang jitu dari semua pihak iaitu atlet itu sendiri, para jurulatih dan ibubapa sebagai pendorong dan pemberi semangat kepada murid yang mengambil bahagian. Kejohanan pada kali ini juga turut menyaksikan sebanyak 4 kontigen yang telah mengambil bahagian iaitu terdiri daripada rumah Kuning,Rumah Biru,Rumah Hijau dan Rumah Merah. 
 Kejohanan pagi yang damai itu dimulakan dengan perbarisan masuk lintas hormat daripada rumah-rumah sukan yang bertanding.
 Bacaan doa oleh Cikgu Wan Izimi..Ucapan Alu-aluan oleh Cikgu Rosliwati mewakili Puan Guru Besar Dan Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SKKFST Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Penuh Semangat!!!..Lafaz ikrar kejohanan diketuai oleh adik Muhammad Nur Ieman bin Norudin.
Barisan atlet yang akan berjuang habis-habisan demi mencari gelaran JUARA.

Kami kongsikan bersama gambar-gambar kejohanan yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.
Majlis penyampaian yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
 
kehadiran ibu bapa memeriahkan suasana kejohanan  tersebut.
JUARA keseluruhan telah dirampas oleh Rumah Kuning yang buat pertama kalinya berjaya merampas gelaran JOHAN sekaligus menewaskan juara bertahan iaitu Rumah Biru !!! 
Keputusan Akhir adalah : 

Tempat ke - 4 : Rumah Merah
Tempat ke - 3 : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Biru
Johan : Rumah Kuning

*** Tahniah dan Syabas kepada yang menang...yang tewas usah menjerut rasa..cuba lagi dilain acara..lain masa...

AKHIR KATA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013 SAMADA SECARA LANGSUNG 
ATAU TIDAK LANGSUNG.
KITA JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!!


Tuesday 2 July 2013

BEBERAPA HARI MENJELANG PUASA


ANUGERAH HARI GURU PERINGKAT DAERAH SETIU 2013

SETIU - 20 Jun 2013 Sambutan Hari Guru & Anugerah Kualiti Pendidikan peringkat Daerah Setiu telah berlangsung.SKKFST turut menerima beberapa anugerah pada hari tersebut.

TAHNIAH DI ATAS 3 ANUGERAH YANG DIMENANGI :

1. ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH 2013
2. ANUGERAH KHAS SUKAN / OLAHRAGA 2013
3. ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2013

Turut menerima Anugerah pada hari tersebut ialah Pn.Siti Fasha binti Abdul Mubarak - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013.Tahniah diucapkan.