MENU SEKOLAH

Wednesday, 29 July 2015

KAMI DI SINI...




Nama Program : KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

Tarikh : 30 , 31 Julai - 01 Ogos 2015

Hari : Khamis - Sabtu

Sasaran : Semua Murid Tahap 2 SKKFST ( 66 Orang )

Anjuran : Bitara Bahasa Inggeris SKKFST



" Terima kasih menerima kami selama 3 hari 2 malam sebagai tetamu anda "

Tuesday, 28 July 2015

PROGRAM PERANTAU CAKNA


Tarikh : 29 Julai 2015
Hari : Rabu
Tempat : SK Sungai Las

 Murid bersama perantau bagi sesi motivasi
2orang murid SKKFST antara yang mendapat keputusan cemerlang dan diraikan pada majlis tersebut.TAHNIAH !!!we are proud of you!!!!
Gambar kenangan bersama perantau-perantau yang berjaya.Semoga menjadi inspirasi kepada murid untuk belajar dengan lebih gigih disaat-saat akhir menjelang peperiksaan UPSR nanti.



" sis.....keep calm in london !!!!you are our idola ............ "

SUMBANGAN MINUMAN MILO OLEH NESTLE ( MALAYSIA ) BERHAD

Tarikh : 29 Julai 2015
Hari : Rabu
Tempat : Dataran Perhimpunan SKKFST

 " Murid hanya 145 orang saja, tak sampai 15 minit dah selesai................jumpa lagi tahun depan."

Bukan saja Murid-murid semua gembira. Cikgu -cikgu  pun gembira........ :)

29 Julai 2015 - Lewat pagi tadi warga SKKFST telah dikejutkan dengan kedatangan sebuah lori hijau. Rupanya lori tersebut adalah lori kepunyaan Nestle ( Malaysia ) Berhad yang telah sudi datang ke sekolah untuk mengagihkan minuman coklat berjenama MILO secara PERCUMA !!!
Murid-murid dengan iringan guru kelas masing-masing telah berkumpul bagi meniukmati minuman yang lazat itu.


" Terima kasih lah abang Milo kerana tak melupakan kami di sini."

PROJEK KECERIAAN SURAU AN-NUR





" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Monday, 27 July 2015

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015


PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR BERMULA 28-30 JULAI 2015...SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON UPSR !!!


" SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2015 "

Sunday, 26 July 2015

BAHANG RAYA MASIH ADA


Bahang Syawal Masih Terasa


Bila sebut kisah ziarah-menziarahi, pasti bersangkut juga dengan perjalanan. Mungkin orang yang ingin kita ziarahi itu jauh, maka kenderaanlah yang akan kita gunakan. Apabila menaiki kenderaan contohnya kereta, kita mestilah memastikan kereta berada dalam keadaan baik yang tidak akan menyulitkan perjalanan kita. Pemandu juga mestilah sihat dan tidak mengantuk. Jika terasa mengantuk, bertukarlah pemandu. Ataupun berhenti dimana-mana perhentian untuk berehat dan merehatkan mata. Semuanya demi keselamatan diri kita dan ahli keluarga yang kita sayangi. Jangan pula asyik nak beraya, keselamatan di jalan raya diabaikan. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan dan dapat bertemu dengan orang 

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Tuesday, 14 July 2015

SAMBUTAN PRA HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

15 Julai 2015 ( Rabu ) - Sekitar tengahari tadi telah berlangsungnya sambutan Pra Raya di kantin SKKFST.Majlis ini melibatkan semua guru,kakitangan kerajaan dan swasta  serta murid-murid SKKFST.Tujuan majlis ini adalah untuk memberikan ruang kepada murid-murid dan guru-guru serta warga SKKFST bermaaf-maafan sempena menyambut kehadiran syawal yang bakal tiba dan cuti sekolah yang akan bermula esok.Tidak lupa juga saya mewakili warga SKKFST ingin mengucapkan"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada pembaca-pembaca blog ini.

Tentatif Program : 

10.30 am - Murid berkumpul di kantin SKKFST
10.45 am - Bacaan Yassin beramai-ramai
11.15 am - Bacaan Doa oleh :
                  En.Wan Izimi bin Wan Md Zin
11.20 am - Ceramah Aidilfitri oleh :
                  Ustaz Azman bin Ali Akmal
11.45 am - Ucapan Guru Besar
                  En.Zainuddin bin Dollah
12.00 pm - Agihan Duit Raya / Bersalam-salaman
12.30 pm - Majlis Bersurai

Murid  dan warga SKKFST Berkumpul di Kantin
Bacaan Yassin dan Ceramah Aidilfitri
Ucapan Tuan Guru Besar
Acara bersalam-salaman dan memberi duit raya kepada murid-murid


" Salam Aidilfitri Minnal Aidil Walfaizin...Selamat Pulang Ke Kampung halaman...Hati-Hati Di Jalan Raya...Ingatlah Insan Tersayang Yang Sedang Menanti Penuh harapan.... "

Monday, 13 July 2015

SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN




Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.


Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, warga SKKFST  dengan rendah hati mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015″ kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambut syawal nanti.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Raya sakan tau! Jangan baca blog masa raya.  "

Tuesday, 7 July 2015

IFTAR 2015

08 JULAI 2015 ( Selasa ), SKKFST telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan tahlil yang dihadiri oleh Guru, pengurus-pengurus di sekitar sekolah,AJK-AJK PIBG dan murid Tahap 2. Majlis Berbuka Puasa ini dianjurkan bagi memupuk semangat saling hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi antara guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar.
Selesai solat asar berjemaah murid-murid berada disurau untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh anak salah seorang guru SKKFST juga merupakan anak kepada Pengurus Ladang Tayor iaitu Tuan Haji Saifuddin bin Mustafa.
Penyampaian sumbangan dan cenderahati
Persiapan juadah berbuka
Berbuka beramai-ramai untuk mengeratkan lagi silatulrahim yang sedia ada
Tuan Guru Besar SKKFST ( baju coklat ) bersama komuniti luar yang terdiri daripada 
pengurus-pengurus dan ajk-ajk PIBG


" TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENGURUSKAN PROGRAM IFTAR 2015 DENGAN JAYANYA "

Monday, 6 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TAHUN 4 & 5 DAERAH SETIU


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Tahun 4 & 5 Daerah Setiu telah diadakan dengan jayanya pada 06 Julai 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Utama University College Bestari,Setiu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sabri bin Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Langkap. 
Majlis ini adalah untuk memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin di samping mendekatkan pemimpin dengan masyarakat yang kurang berkemampuan.  Ia juga merupakan satu wadah untuk mengeratkan lagi silaturrahim.


“Sesiapa yang memelihara anak yatim diantara kaum mislimin, untuk memberi makan dan minum, maka pastinya Allah SWT akan memasukkannya kedalam syurga kecuali jika dia telah berbuat dosa yang tidak dapat diampunkan”. "

Sunday, 5 July 2015

Menghidupkan Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan




Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak, hari ini genaplah 19 hari kita menjalani ibadah puasa. Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. Justeru, saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.        
Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.
Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.
Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada
sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.
Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada 
Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.
"Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"

Wednesday, 1 July 2015

SERONOK MENGAPLIKASIKAN VLE-FROG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN




"Menggunakan Frog VLE Untuk Mempertingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran"