...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 30 June 2015

SALAM NUZUL QURAN 1436H

CUTI UMUM - 04 JULAI 2015 ( SABTU )
CUTI KELEPASAN AM NEGERI - 05 JULAI 2015 ( AHAD )

NUZUL QURAN... Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan). 
malam nuzul quran Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) 


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. "

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2015


Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera.

Selaras dengan itu, unit HEM SKKFST diketuai oleh PKHEM En.Mohd Amri bin Hussain  telah melaksanakan program ini dengan melawat warga emas dalam masyarakat sekitar sekolah. Program yang disertai oleh 4 orang guru dan 15 orang murid ini diadakan pada 30 Jun yang lepas. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, beramah mesra dengan warga emas, bertanya khabar dan menyampaikan sedikit cenderehati dari pihak sekolah.Dalam siri lawatan tersebut sebanyak 3 buah rumah telah dilawati oleh pihak sekolah termasuk sebuah rumah bekas seorang murid SKKFST.
 
Rombongan tiba di rumah warga emas yang pertama
Beramah mesra dan bertanya khabar
Rombongan berada di rumah kedua untuk menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar
Melawat rumah ketiga dalam sesi lawatan DWEN
Sempat menikmati suasana kampung
Penutup Program.....
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga, masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menyedari akan kepentingan menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas, adalah relevan KPWKM menggubal DWEN yang harus disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini sangat penting dalam memastikan generasi muda menghormati, menyayangi dan simpati terhadap semua warga emas tanpa mengira jenis kaum serta menghayati akan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga emas dalam membangun dan memajukan negara.


" Hormati orang tua selagi masih ada... "

Sunday 28 June 2015

PENYAMPAIAN CENDERAMATA PROGRAM SINAR HIDAYAH ( LINUS ) & I LIKE READING 2015

28 Jun 2015 ( Ahad ) - Majlis Penghargaan kepada murid LINUS telah diadakan pada hari itu.Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST yang berlangsung sebaik sahaja perhimpunan pagi ahad selesai.Hadiah yang berbentuk sebuah Buku Cerita telah diberikan sebagai dorongan dan galakan kepada mereka agar lebih rajin menimba ilmu dan berjaya kelak.
pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

pihak sekolah telah menyediakan dan menyampaikan insentif berbentuk hadiah sebagai dorongan dan galakan kepada murid-murid yang berjaya memperolehi keputusan yang baik.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
NIK ADAM SHAHMIE BIN NIK AZMI
MUHAMMAD FAKHRULLAH AZIM BIN RAFIDI

MUHAMMAD FAZRIN BIN ZAHARIN
NUR ALISYA DAMIA BINTI AHMAD SYAM
" membaca boleh menambahkan pengetahuan dan membawa kejayaan. Jadi janganlah mensia-siakan masa depan kita  "

Tuesday 23 June 2015

RAWATAN PERGIGIAN MURID PRASEKOLAH ADWAN SKKFST

" Creating Healthy Beautiful Smile For A Lifetime... "
 
24 Jun 2015 ( Rabu )
 Lawatan dan rawatan kali pertama oleh jururawat pergigian pada tahun ini.
berdebar menuggu giliran...

Terima kasih kepada jururawat yang memberikan rawatan pergigian kepada murid - murid prasekolah Adwan SKKFST.

" Penjagaan Gigi Bermula dari awal memberi banyak faedah "

Monday 22 June 2015

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2015


Program Tadarus Al-Quran  ini menjadi acara tahunan sekolah setiap kali menjelangnya Ramadhan.Pada tahun ini sedikit kelainan dibuat yang mana guru-guru menjadi mentor kepada murid-murid yang boleh membaca Al-Quran.Kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibahagikan akan bertadarus dibeberapa tempat seperti kantin sekolah,makmal komputer dan bilik pemulihan.
Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA.
  
OBJEKTIF 
1.Menimbulkan kesedaran di kalangan murid tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran
.2. Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan murid.
3. Membudayakan Al-Quran dalam jiwa murid.
4. Mewujudkan jalinan silaturrahim di antara murid dan guru.
 

" Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.

JADUAL WAKTU BERBUKA & IMSAK BAGI DAERAH BESUT DAN SETIU

 (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 - Terengganu zon 2



" Oleh kerana admin orang Setiu...so admin kongsikan jadual waktu berbuka & imsak bagi Daerah Setiu... yang lain Daerah boleh rujuk kat page ni yer...http://fitrihadi.com/2015/06/jadual-waktu-buka-puasa-dan-imsak-2015-terengganu/   TQ.."

DOA 6 RAMADHAN

Doa Hari Ke – 6 Ramadhan

"Allâhumma lâ takhdzulnî fîhi lita’arrudhi ma’shiyatika wa lâ tadhribnî bisiyâthi naqimatika wa zahzihnî fîhi min mûjibâti sakhatika bimannika wa ayâdîka yâ muntahâ raghbatirrâghibîn"

Artinya, ”Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini karena perbuatan maksiatku terhadap-MU, dan janganlah Engkau cambuk aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan!” Aamiin
(IPH)



" sudah masuk hari ke-6 Ramadhan...apa anda rasa !!!seronok ke tak seronok??? "

Wednesday 17 June 2015

BAZAR VS BAZIR

 Image result for puasa bulan pesta makanan  Ketika melakukan ibadat puasa, kita juga cuba menahan diri daripada bercakap mengenai perkara yang sia-sia, menimbulkan syahwat, perkataan yang diharam dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditetapkan. 
Pendek kata, kita berusaha untuk melakukan apa yang dituntut dan menjauhkan perkara dilarang. Tetapi sejauh mana kita mampu mematuhi tuntutan untuk berjimat dan tidak membazir terutama dalam penyediaan makanan. 
Bulan Ramadan dilihat seperti pesta makanan.  Banyak gerai menjual makanan tumbuh di mana-mana saja.  Pelbagai jenis makanan tersedia untuk dibeli.  
Membeli makanan untuk berbuka memang wajar jika kita tidak mampu menyediakan sendiri disebabkan tidak ada ruang masa.  Maklumlah, banyak isteri sekarang ini bekerja.  Balik kerja masa sudah hampir hendak berbuka. Atau, bagi lelaki yang tinggal bujang rasanya sukar untuk menyediakan sendiri hidangan berbuka.  Lebih mudah membeli saja.
Membeli makanan memang tidak salah. Yang ditimbulkan ialah sikap boros dan membeli tidak ikut keperluan.  Asal saja pergi ke gerai atau bazar Ramadan, maka apa saja yang terlintas hendak dimakan, maka terus dibeli.  Makanan yang biasanya tidak dibeli atau tidak disukai pada bulan-bulan biasa, turut dibeli.
 
Kalau begitu keadaannya, nyata sekali berlaku permbaziran. Sikap berlebih-lebihan memang ditegah oleh agama.  
 Image result for puasa bulan pesta makanan

Firman Allah SWT bermaksud: ”Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (Surah al A’raaf: 31)
Ingatlah bahawa puasa itu boleh menyihatkan badan dan melatih diri supaya hidup berdisiplin. Namun segala-galanya akan menjadi sebaliknya jika tabiat makan kita berubah kepada yang tidak baik.
Realitinya, Ramadan mengubah tabiat makan kepada tidak baik. Bulan puasa bertukar menjadi pesta makan. Di sana sini pelbagai promosi makanan diadakan.  
Berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan menjadikan Ramadan sebagai bulan pesta makanan. 
Kadang-kala semua 10 jari digunakan untuk membawa bungkusan makanan - ayam percik, ikan bakar, murtabak, bubur lambuk, nasi kerabu, otak-otak, pelbagai jenis kuih muih, cendol, air bandung, tebu, soya dan macam-macam lagi. Malahan hanya dengan dua jari, mereka mampu membawa 10 bungkusan plastik berisi pelbagai jenis makanan dan minuman. Begitulah nafsu makan pada bulan Ramadan.
Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘‘Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia’’ (Thaha: 81).
Ramadan sepatutnya mendidik kita menjadi lebih berdisiplin dan menghargai nikmat yang selama ini kita nikmati.  Fikirkan, ketika berpuasa kita merasai lapar dan dahaga.  Dilarang melakukan perkara yang biasanya boleh dilakukan pada waktu hari. 
Maka itu, seharusnya kita tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan semangat Ramadan. 
Seperti disebut sebelum ini, puasa boleh menyihatkan tetapi malangnya ramai yang makan dalam keadaan tidak sihat. Makan berlebihan boleh mengundang masalah kepada kesihatan.
Pilihlah makanan yang sihat semasa berbuka. Makanlah secara berpada-pada sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan memberi tenaga.
Ramdan bulan ibadat, bukannya bulan pesta makanan.  Tingkatkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.  Membazri dan makan berlebih-lebihan adalah perkara ditegah.

 rujukan : http://bicaramentari.blogspot.com
 
"HARI PERTAMA BERPUASA...SERONOK KE TAK SERONOK...."

Tuesday 16 June 2015

IHYA RAMADHAN 1436H 2015M


Marhaban ya Ramadhan !!!
pucuk selasih bertunas menjulang
Dahannya patah tolong betulkan
 puasa Ramadhan kembali menjelang
salah dan khilaf mohon dimaafkan


Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2015 (1436 Hijrah)

" Marhaban Ya Ramadhan 1436H / 2015M ...Selamat Datang Bulan Suci Ramadhan.. "

Monday 15 June 2015

DIALOG PRESTASI UPSR BERSAMA IBU BAPA 2015


Pada 15 Jun 2015, Majlis Dialog Prestasi UPSR Bersama Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6 2015 telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 10.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya. 
Pendaftaran ibu bapa di luar makmal turut dipantau oleh GB
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin
Ucapan tuan guru besar En.Zainuddin bin Dollah.Ini merupakan kali pertama GB berjumpa dan beramah mesra bersama ibu bapa / penjaga.
 
  Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan prestasi murid-murid yang diedarkan kepada ibu bapa masing-masing serta memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.
Pembentangan prestasi para murid oleh Pn.Rosliwati bt Sidik Ahmad selaku GPK 1 merangkap Guru yang mengajar tahun 6
Dalam majlis tersebut juga para murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang  dalam peperiksaan TOV dan OTI 1telah menerima habuan masing-masing yang merupakan penghargaan daripada pihak sekolah.Semoga terus maju dimasa hadapan.
Penyerahan keputusan peperiksaan murid tahun 6 kepada penjaga masing-masing
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengahari yang berakhir jam 1.30 petang untuk ibu bapa / penjaga.

 Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SKKFST akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan.


" terima kasih atas komitmen 100% ibu bapa kerana menjayakan program yang diadakan "

TAZKIRAH AMBANG RAMADHAN


Renungan Di Ambang Ramadhan Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
 Image result for tazkirah ambang ramadhan
Salam taqwa.
Alhamdulillah, Allah masih kurniakan lagi kita nikmat kehidupan duniawi untuk kita menggali khazanah dan bekalan guna di akhirat kelak. Ramadhan insyaAllah akan tiba lagi. Moga nikmat hidup itu Allah pinjamkan agar kita dapat merasai keberkatan Ramadhan.
Sebagai Muslim, kehadiran Ramadhan amat dirindui. Saya tertarik dengan analogi salah seorang Tuan Guru di Malaysia, yang menyatakan apabila Ramadhan semakin hampir, ianya diibaratkan seperti hampirnya hari masuk gaji bagi pekerja (atau biasiswa bagi pelajar tajaan). Contohnya, sekiranya gaji/biasiswa kita masuk pada 31 Ogos, maka sejak 25 Ogos lagi, iaitu 5 hari sebelum masuk gaji, kita sudah rasa lega, dan tidak sabar-sabar. Ada yang mula merancang ke mana nak dibelanjakan duit itu. Ada juga yang berani berhutang untuk membeli barangan tertentu kerana yakin beberapa hari sahaja lagi, gaji akan masuk, dan hutang itu akan dilangsaikan. Inilah sikap mukmin yang mendamba rasa taqwa menjelang Ramadhan, rasa gembira, lega, dan mengharapkan agar nikmat serta berkat Ramadhan itu akan dapat dikecapi. Tanyalah diri, adakah kita sudah ada rasa sedemikian rupa?
Renungan Di Ambang Ramadhan Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Renungan Di Ambang Ramadhan Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

" Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...Subhanallah.. "

MAJLIS PENERIMAAN ANUGERAH KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2015



Pada 14 Jun 2015 ( Ahad ) , majlis penerimaan pingat dan sijil kepada pasukan bola tampar MSSM telah diadakan selepas perhimpunan sekolah.3 orang  peserta dari SKKFST telah mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM 2015 yang telah diadakan di Paroi,Negeri Sembilan ,daripada Kejohanan tersebut pasukan P12 telah mendapat tempat keempat Kebangsaan manakala pasukan L12 telah mendapat tempat kelima kebangsaan. Pada majlis tersebut, Penolong kanan Kokurikulum diiringi Penolong kanan Pentadbiran telah sudi menyampaikan pingat kepada pemain-pemain bola tampar sebagai penghargaan daripada pihak sekolah.

 Semoga kejayaan mereka menjadi dorongan kepada pelapis-pelapis bola tampar yang ada sekarang untuk lebih mencipta kejayaan.


" TAHNIAH...SYABAS...WE ARE PROUD OF YOU KIDS !!! "

Saturday 13 June 2015

BEBERAPA HARI LAGI





" sELAMaT MEnuNaIKAN iBADAh pUaSa!!! "

Wednesday 10 June 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!

 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...! 

Selamat kembali semula ke sekolah kepada murid-murid dan warga pendidik....Semoga di penggal kedua ini akan lebih membawa kecemerlangan dan kegemilangan.


" SelaMat KeMbaLi Ke SeKolah"

Tuesday 9 June 2015

SELAMAT MAJU JAYA !!!! KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2015


 SELAMAT MAJU JAYA kepada pasukan BOLA TAMPAR TERENGGANU dikejohanan bola tampar MSSM yang sedang berlangsung di Seremban,Negeri Sembilan yang akan  berakhir pada 13 Jun 2015 nanti.
Untuk pengetahuan, 2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari SKKFST turut berjuang mewakili Negeri tercinta iaitu TERENGGANU DARUL IMAN.

GO KIDS !!! GANU NELANG BOH !!!!

" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Wednesday 3 June 2015

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


 6 JUN 2015 - Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
 7 JUN 2015 - Hari Kelepasan Am Negeri 

 DAULAT TUANKU !!!

" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

LET'S READ 2015


Tarikh    :  28 Mei 2015
Masa      :  8.30 pg - 1.30 ptg
Tempat  :  Kantin SKKFST
Dirasmikan Oleh :  Cik Nurhanis binti Muhammad ( Peg.SISC+ B.Inggeris PPD Setiu )
Anjuran  :  Bitara Bahasa Inggeris SK Kampung Fikri Sg Tong



Program Let's Read 2015 ini merupakan satu Program di bawah Kebitaraan Bahasa Inggeris bagi mencapai hasrat pihak pengurusan untuk melihat murid-murid serta warga SKKFST mempunyai Tabiat Membaca terutama buku-buku Bahasa Inggeris. 
 
Tema       : Frozen & Forest
 
Objektif   :  - Untuk menyemai minat para pelajar membaca bahan bacaan bahasa inggeris
                   - Untuk menigisi masa terluang dengan aktiviti membaca yang berfaedah
                   - Untuk mempelajari bahasa inggeris melalui pembacaan
                   - Untuk berkongsi minat membaca dikalangan pelajar dan warga sekolah

Pada hari tersebut 3 orang fasilitator luar dijemput iaitu : 
1. Cik Nurhanis binti Muhammad ( Peg.SISC+ B.Inggeris PPD Setiu )
2. Cik Nur Azahani binti Azezan ( SK Sungai Tong )
3. Pn Asmayati binti Mahadzir ( SK Kg Rahmat / Penulis Buku )
4. En Wan Izimi bin Wan Md Zin ( SKKFST / JU Daerah ) 

Pada hari tersebut juga beberapa sekolah lain dari Zon Setiu Timur turut hadir memeriahkan suasana.Terima kasih atas kesudian tuan puan membawa anak-anak didik bersama kami dalam menjayakan lagi program Let's Read 2015.
 
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat daripada awal persiapan program sehinggalah selesai.Jasa dan komitmen anda amatlah bermakna dalam melihat kecemerlangan murid-murid bagi mencapai hasrat pendidikan negara.


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "