Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan program galakan membaca yang
telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 1999.Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara berterusan sehinggalah murid-murid tamat
persekolahan.
Antara objektif program nilam ialah menjadikan murid banyak membaca dan
menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca ini.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Bagi menyahut seruan KPM itu maka SKKFST telah membuat majlis pelancaran NILAM 2019. Majlis telah diadakan pada 25 April lalu yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKFST, Cg Zainuddin bin Dollah.
Gimik pelancaran oleh Guru Besar SKKFST
Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar
Nyanyian lagu nilam dan budaya membaca
persembahan murid
Penyelaras program NILAM
Antara
aktiviti yang telah dijalankan ialah gimik perasmian oleh Guru Besar
serta taklimat tentang penggunaan buku nilam dan diakhiri dengan
nyanyian lagu Nilam yang penuh bersemangat oleh murid-murid SKKFST. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya dilaksanakan
dengan kerjasama baik di antara guru-guru dan murid-murid.