Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas dan kini kita telah memasuki sesi baru persekolahan bagi tahun 2020.Sama-samalah kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala di atas rahmat
dan nikmatNya kepada kita. Semoga kita bertambah taqwa kepadaNya.
Marilah kita sama-sama sebagai satu kumpulan yang mantap, berusaha terus
memberi khidmat yang terbaik dan cemerlang dengan penuh kesedaran,
kejujuran, bertanggungjawab, dedikasi serta komited. Jadilah diri kita
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti
terhadap tugas profesional kita yang tinggi dan berfokus.Pastikanlah
kita merealisasikan harapan dan hala tuju matlamat pendidikan negara
disamping melihat tanggungjawab ini sebagai satu ibadah. Dengan keizinan
Allah Taala, saya berpeluang berkongsi harapan dan aspirasi serta bekerjasama dengan
tuan/puan yang merupakan ini tahun ke-empat saya di SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG.
“Kecemerlangan adalah pilihan bukannya
satu kebetulan. Ia bukan suatu yang ditunggu tunggukan tetapi perlu
diusahakan dan dicapai. Adalah jelas bahawa para pendidik mampu
mencorakkan warna dan masa depan anak didik kita, jika kita jujur
menunaikan tuntutan tanggungjawab yang diamanahkan. Mulai tahun 2015 dan
seterusnya program yang menjurus kepada penghayatan tugas, peningkatan
responsibility profesional dan kesedaran akauntabiliti akan diberikan
keutamaan. Satu aspek yang akan diberikan penekanan utama kepada setiap
guru di SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG. ialah kepentingan semua bidang tugas yang
dipertanggungjawabkan.Tahniah kepada GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Ko-ku dan semua guru yang telah menjalankan tugas dalam semua jawatankuasa yang kita bentuk dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, justeru saya amat berharap guru-guru akan terus malaksanakn bidang tugas masing-masing demi meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua aspek. Alhamdulillah setakat ini SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG berada di tahap
yang sangat baik.
Guru-guru sekalian,
Saya berkeyakinan guru-guru telah lengkap dengan ilmu-ilmu pendidikan.Sudah tentu tugas utama tuan/puan ialah dalam bidang PdP.Tugas mengajar dan mendidik adalah mainan kita.Mantapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, ilmu psikologi, kaedah dalam PdP, ilmu memenangi hati murid, hati ibu bapa, hati rakan sekerja dan untuk kepuasan sendiri sebagai kerjaya seorang Guru yang profesional.
Sekian,
Selamat Bertugas
En. Mazlan bin Che Ismail
Guru Besar SKKFST
No comments:
Post a Comment