...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 30 September 2013

Sunday 29 September 2013

' ENGLISH IS FUN DAY PROGRAM '

28 - 29 Sept 2013 - SKKFST  has launched a new program called ENGLISH FUN DAY. This program is designed to directly introduce to our pupils,especially  year 6 pupils  to make them know that learning English is easy and fun. It is related to motto: "English Is Fun ". For the first time, we had a collaboration with IPG Dato' Razali Seberang Takir campus lecturer and students to make this program a success.  


" Ghiyomi song " from IPG students

" Face painting "

" Bowling word "

" Redemption kiosk " 


Some token of appreciations from our Headmistress.

JOM SERBU MILO!!!!!

Semalam 29 Sept 2013 adalah  kali pertama tahun 2013 van MILO datang ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong )
untuk memberi minuman MILO percuma kepada warga SKKFST. Terima Kasih Abang-abang MILO!!!
Ini adalah salah satu khidmat masyarakat oleh syarikat kaporat terbabit untuk memberi minuman berkhasiat terutama kepada pelajar-pelajar sekolah. Seramai 143 murid SKKFST mendapat manfaat daripada syarikat tersebut pada hari itu.


Lawatan Syarikat MILO Nastle ke sekolah untuk memberi minuman percuma MILO kepada murid-murid sekolah pada 29 Sept 2013 yang lalu.

Pengagihan 'gift' percuma untuk murid selepas minum MILO percuma iaitu berupa beg sandang dan sekotak MILO kecil.

Suka sangat lah dioarong dapat hadiah daripada abang-abang MILO.Terima kasih!!!!

Bukan saja murid...cikgu pun dapat MILO percuma.

Wednesday 25 September 2013

PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH SETIU

6 ORANG AHLI PENGAKAP SKKFST TELAH MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN PPD SETIU.PERKHEMAHAN TELAH DIADAKAN PADA 24-26 SEPT 2013 BERTEMPAT DI KEM MERBAU MENYUSUT.
Bebarapa ragam peserta perkhemahan pengakap SKKFST sepanjang aktiviti membuat Roti Lilit.

Tukang uli tepung untuk buat roti lilit.
 
Apa yang penting ???Pakailah tudung untuk memastikan kebersihan semasa mengendalikan makanan.Good boy
 
Juri dan Urusetia mula memantau peserta
 
Jejak kasih - Jumpa bekas murid SKKFST (baju oren) semasa perkhemahan
 
Entah apa yang diaorang buat???inilah jadinya bila kaum lelaki masuk dapur agaknya....
 
Inilah hasil tangan mereka...Nilai lah sendiri yer..
Nama Menu : Roti Lilit Sardin SKKF
 
Ini pula Hasil tangan semua peserta dari sekolah lain.

Tuesday 24 September 2013

KURSUS GURU BESAR KLUSTER FASA 7

Kuala Lumpur - 16-20 Sept 2013 semua Guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 telah menghadiri satu Program Pembangunan Kelestarian Organisasi (RINTIS) bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.Guru Besar SKKFST ( dua dari kanan ) telah menghadiri program tersebut dengan jayanya.

Guru Besar SKKFST (kanan) bersama Guru Besar SK Bukit Damansara (tengah)

Semasa Program RINTIS tersebut diadakan para Guru Besar turut diberi peluang membuat lawatan kerja ke SK Bukit Damansara iaitu sekolah yang telah dianugerahkan sebagai sekolah SBT. Tujuan Lawatan adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu untuk digunakan di sekolah masing-masing.
 

Sunday 22 September 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR 2013

Program tersebut adalah program khusus untuk murid Tahun 6 selepas UPSR.  Kehadiran semua murid Tahun 6 adalah DIWAJIBKAN. 

Nama Program : Pengenalan Power Point
Tajuk : Peta Pemikiran
Tempat : Makmal Komputer SKKFST
Tarikh Jangka Program : 22 - 26 Sept 2013






PEMERIKSAAN GIGI DI SEKOLAH

Tarikh :  22.09.2013
Tempat : Kelas Tahun 1 Dan 5.
Sasaran : Pelajar tahun 1 hingga tahun 6
Aktiviti tahunan di bawah program Klinik Pergigian Kampung Rahmat, sekali lagi  mengadakan pemeriksaan pergigian kepada semua pelajar. bagi pelajar-pelajar yang mengalami masalah gigi, mereka akan diberikan rawatan sama ada tampalan atau cabutan gigi.
Terima kasih diucapkan atas keprihatinan tersebut.

LAWATAN PENANDA ARAS SK METHODIST PETALING JAYA 2013


Pada 15 September  2013 (Ahad), SKKFST telah  menerima Lawatan Penanda Aras dari SK Methodist Petaling Jaya. Lawatan ini melibatkan 34orang guru serta kakitangan. Rombongan tiba di SKKFST tepat jam 10.30 pagi dan terus dibawa ke Makmal Komputer untuk taklimat ringkas.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Berusaha En.Abdul Manaf bin Ahmad,Guru Besar SKMPJ telah tiba diperkarangan sekolah pada jam10.30 pagi. Rombongan telah disambut mesra pihak pengurusan SKKFST diketuai oleh  Puan Zakiah binti Hasshim,Guru Besar SKKFST

Antara aturcara lawatan adalah seperti berikut : - Taklimat Ringkas
                                                                                       - Lawatan sekitar sekolah,Makmal Komputer
                                                                                       - Penggunaan eBOOK
                                                                                       - Sistem pengurusan fail
                                                                                       - Multi media dan lain-lain
Menurut Tuan Guru Besar SKMPJ Tujuan utama lawatan tersebut ialah untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman yang amat bermakna untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan sekarang.
Lawatan muhibbah yang diadakan ini membuktikan bahawa tiada jurang antara sekolah bandar dan luar bandar.

Rombongan tiba tepat jam 10.30 pagi disambut oleh pihak pengurusan SKKFST.
Taklimat ringkas yang diadakan di makmal komputer
Tinjauan penggunaan eBOOK
Lawatan sekitar pejabat serta sistem pengurusan fail
Tetamu telah dihidangkan makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor.
Terima kasih!!! semoga jalinan ini akan kekal sampai bila-bila demi menyahut matlamat pendidikan negara
Inilah dua orang yang bertanggungjawab mentadbir sekolah masing-masing.
SKKFST VS SKMPJ 2013

SELAMAT MAJU JAYA!!!





        

Tuesday 3 September 2013

PEMANTAUAN PERTANDINGAN SURAU SEKOLAH PERINGKAT NEGERI

3 Sept 2013 ( Selasa ) - Sekali lagi SKKFST telah dipilih mewakili Setiu ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2014M/1435H anjuran KPM.
SKKFST telah didatangi oleh 2 orang pegawai Daripada Unit Pendidikan Islam JPNT iaitu En.Awang bin Sulong dan Tuan Haji Zainal bin Sulaiman kira-kira jam 9.00pagi tadi.Pemeriksaan telah dilakukan daripada pelbagai aspek yang secara keseluruhannya surau SKKFST telah mencapai piawaian tersebut.Alhamdulillah.....
Gambar kenangan Pegawai Pemantau bersama pihak Pengurusan Sekolah serta 
AJK Surau SKKFST 2013