...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 31 December 2014

MESYUARAT PENGURUSAN KALI 1 / 2015

TARIKH : 1 JAN 2015
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKKFST

Mesyuarat Pengurusan Kali 1 / 2015 telah diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad ( Pen.Kanan Pentadbiran ) bermula jam 11.00 pagi sebaik sahaja selesai pendaftaran murid.Mesyuarat dihadiri oleh semua guru termasuk guru-guru KAFA.Mesyuarat kali ini membentangkan pelbagai agenda khususnya dalam meningkatkan kejayaan pada tahun 2015.
Pengerusi juga berharap semua guru bersatu dalam memastikan kejayaan yang sama dirangkul pada tahun ini seperti pada tahun-tahun lalu.Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

PENDAFTARAN MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2015

Alhamdulillah...hari ini 1 Jan 2015 Pendaftaran murid untuk sesi 2015 berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang walaupun sesi persekolah ditangguh diseluruh Negara. Sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015 ( Ahad ) depan.
Pihak pengurusan mengucapkan Tahniah dan terima kasih atas komitmen dan prihatin ibu bapa yang datang hari ini.

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAH 2015


SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

Selamat datang cikgu! Warga SKKFST ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, En.Zainuddin bin Dollah ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) yang sebelum ini merupakan Guru Besar di SK PuteraJaya,Setiu.
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Beliau  memulakan tugasnya yang pertama di sekolah ini pada 16 Disember 2014 sebagai seorang Guru Besar yang ke-8, menggantikan Mantan Guru Besar Pn. Zakiah binti Hasshim yang telah tamat perkhidmatannya di sini pada 12 Oktober 2014 lepas. Sekali lagi, kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Zainuddin bin Dollah. Mudah-mudahan agar beliau boleh terus berkhidmat di sini sehingga akhirnya dan sekolah ini akan terus menerpa kecemerlangan dalam pendidikan.

Tuesday 30 December 2014

Kursus LADAP untuk Guru




31 Dec : Kursus ini telah di adakan di Makmal komputer bermula 10.30 pagi tadi dan berakhir 4.00 petang yang dihadiri semua guru.
Semoga semangat guru dalam mendidik murid-murid terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.

  Penerangan tentang SKPM 2003 oleh Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad ( Pen. Kanan Pentadbiran )
Penerangan DSKP RBT Tahun 5 oleh Cikgu Md Hesahm bin Ismail





Penerangan DSKP Sejarah, PSV Dan Sains Tahun 5 oleh Cikgu Yuzrida binti Awang
Penerangan tentang SKPM 2010 oleh Cikgu Mohd Amri bin Hussain ( Pen Kanan HEM )
Penerangan DSKP Muzik Dan Bahasa Melayu Tahun 5 oleh Cikgu Siti Rokiah binti Sidek




Saturday 6 December 2014

SALAM AHAD

Monday 1 December 2014

SAMA-SAMA KITA RENUNGI


Saturday 29 November 2014

~~ WELCOME DECEMBER ~~~

Ooopssss !! dah nak masuk 1 Disember esok .. cepat masa berlalu kan ?? dah hujung tahun pun sekarang nie .. tahun baharu dah nak datang .. korang dah capai semua azam korang yang di tahun 2014 nie ke belum ? kalau dah, Alhamdulillah .. kalau belum .. cepat-cepat lar usaha berbuat demikian yea.. :)

Wednesday 26 November 2014

SELAMAT BERCUTI!!!


INGAT YER ADIK-ADIK!!!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Tuesday 25 November 2014

BILA RESULT DAH KELUAR!!!

Calon UPSR bersama guru-guru dan mantan Guru Besar bergambar kenangan selepas keputusan diumumkan.
26 Nov 2014 ( Rabu ) secara rasminya keputusan UPSR 2014 telah diumumkan oleh Penolong Kanan 1 SKKFST tepat jam 10.20 pagi hari ini.Keputusan tersebut telah diumumkan di hadapan ibu bapa / penjaga yang turut sama hadir dan menunggu dengan penuh debar.Seramai 4 orang calon yang telah berjaya mendapat keputusan 5A.Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang telah berjaya.Bagi yang kurang berjaya, ini bukan noktah bagi perjuangan anda.Anda boleh mencuba lagi di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Sekolah Menengah nanti.In Sya Allah.....
Inilah wajah-wajah cemerlang UPSR 2014 ( Dari kanan : Adik Wan Nur Anisah bt Wan Zakaria, Adik Khalil bin Fikri, Adik Muhammad Nur Eiman bin Norudin dan Adik Wan Nurhafiz Azim bin Che Wan Ralisyardy )
TAHNIAH!!!!!!


Sunday 23 November 2014

YANG MANA SATU ???

Selamat Bercuti dan Jaga Diri...!!!

Saturday 22 November 2014

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2014

Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah merupakan majlis terakhir bagi sesi 2014. Majlis ini telah dijalankan dengan jayanya pada 19 November 2014 ( Rabu ) di Kantin SKKFST.Majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak didik SKKFST bagi sesi persekolahan pada tahun ini.
Pendaftaran ibu bapa / penjaga
Pembukaan majlis dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh Adik Wan Nur Insyirah Sakina bt Wan Izimi yang berumur 6 tahun dari Prasekolah Adwan SKKFST.
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan alu-aluan daripada Ketua Murid SKKFST
Ucapan Pemangku Guru Besar Pn Rosliwati bt Sidik Ahmad
 
Majlis Graduasi Prasekolah yang disempurnakan oleh YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali
Persembahan murid Tahap 1 ( action songs )-pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan action songs sekolah-sekolah kluster peringkat kebangsaan pada 15 Nov 2014 baru-baru ini.
Penganugerahan kecemerlangan murid-murid sesi 2014.TAHNIAH diucapkan
Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan majlis pada hari itu
Persembahan murid Tahap 2 bersama tetamu istimewa murid prasekolah
Persembahan khas daripada murid tahun 6 sempena tahun terakhir menuntut ilmu di SKKFST
Majlis ditutup dengan jamuan ringan untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir
Bagi penutup tahun 2014 saya sebagai admin blog ini seterusnya mewakili sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2014 ini.Sokongan dan sumbangan semua pihak amat kami hargai,
Sekian, Terima Kasih....












MAJLIS KHATAM PROGRAM PINTAR AL-QURAN 2014