...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 22 May 2017

CUTI SEKOLAH AKAN BERMULA..SELAMAT BERCUTI



Cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula pada 26 Mei hingga 10 Jun 2017 ini bagi sekolah-sekolah di Pantai Timur dan 28 Mei hingga 11 Jun 2017 bagi sekolah-sekolah Pantai Barat.Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga pendidik dan juga anak didik semua. Gunakanlah masa cuti ini dengan kegiatan yang berfaedah dan berguna. Semoga semuanya selamat kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang baru.

SELAMAT BERCUTI.....

Sunday 21 May 2017

AHLAN WASHALAN YA RAMADHAN KAREEM

Image result for AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Tak sampai seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut
dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.

Wednesday 17 May 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Image result for minggu peperiksaan 
 21 - 24 Mei 2017 - Minggu Peperiksaan
Dengan Lafaz Bismillah mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.  Dikesempatan ini, warga SKKFST mengucapkan "Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang buat semua murid. Sedikit petua untuk diamalkan,  Insya Allah  sdikit sebanyk dapat membantu semua pelajar.
 1- Jangan tinggalkan doa  dan solat hajat
Kadang-kadang kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadangkala waktu-waktu mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah  atau pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.
2- Bersedekah
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah SWT. Rezeki bukan berupa harta semata-mata, tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang-kurangnya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.
4- Hafal '' mana yang patut ''
Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara-perkara yang ''tidak patut'', sebaliknya kenal pasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif-takrif istilah atau dalil-dalil. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .
5- Buat nota
Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang-orang yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis (tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.
6- Study smart
Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.
9- Doa  guru
Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang-kurangnya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.
10- Minta doa dari ibu bapa
Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.


DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN, KESEDIHAN dan KEMALASAN

اللَّÙ‡ُÙ…َّ إنِّÙŠ أعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َÙ…ِّ Ùˆَ الْØ­َزَÙ†ِ ، Ùˆَ الْعَجْزِ Ùˆَ الْÙƒَسَÙ„ِ ، Ùˆَ الْبُØ®ْÙ„ِ Ùˆَ الْجُبْÙ†ِ ، Ùˆَ ضَÙ„َعِ الدِّÙŠْÙ†ِ Ùˆَ غَÙ„َبَØ©ِ الرِّجَالِ
Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan.....jangan berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)

Tuesday 16 May 2017

SEDERHANA TAPI MERIAH!!!

Tajuk : Sambutan Hari Guru & Pekerja Peringkat sekolah Tahun 2017
Tarikh : 16 Mei 2017 / Selasa
Masa : 8.00 pg

Setiu - 16 Mei merupakan hari yang bersejarah bagi semua cikgu di seluruh Malaysia iaitu Hari Guru. SKKFST juga tidak ketinggalan untuk meraikan para pendidik pada hari ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah bagi SK Kampung Fikri Sungai Tong.
Oleh kerana cuaca agak panas kebelakangan ini, jadi sambutan Hari Guru dimulakan dengan beberapa acara padang pada sebelah pagi yang melibatkan semua guru dan staff serta dimeriahkan lagi dengan penglibatan AJK PIBG dan murid tahun 6. Acara dijalankan di Arena Bola Tampar SKKFST. Acara yang telah dipertandingkan adalah seperti mengisi air dalam botol, boling kelapa, baling belon air, makan tembikai paling cepat dan sedut gula-gula guna straw.
Selepas penat di padang warga SKKFST dan jemputan menikmati jamuan di kantin sebelum memulakan acara formal.

" saya mesti sayang warga Langkap " " saya mesti sayang cikgu Langkap " sedang dalam kemeriahan menyambut hari guru...SKKFST dikunjungi wakil ATRA LANGKAP datang menghantar kek hari guru daripada ADUN LANGKAP, Dato' Sabri bin Haji Mohd Noor.Terima kasih YB....
Murid memberikan hadiah hari guru.
Seterusnya, GPK-GPK membacakan perutusan KPPM,Pengarah Pendidikan Terengganu dan Ketua Pendidikan Malaysia kepada semua guru. Kemudian, ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh wakil pelajar dan Tuan Guru Besar memberikan ucapan perasmian bagi Majlis Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah.. Majlis diteruskan dengan pembacaan ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin. Kemudian, semua guru dan staff SKKFST menyanyikan lagu ”Guru Malaysia” dan “Biarku Menjadi Lilin” di hadapan pentas.

Beberapa persembahan daripada para pelajar dan guru juga turut dipersembahkan. 


Sesi pertukaran hadian antara warga sekolah.
Tuan Guru Besar turut menerima kejutan daripada warga sekolah dengan menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada beliau yang akan disambut pada 20 Mei ini. " Happy advanced birthday cikgu "
 Kehadiran Puan Khairiah binti Abd Manan ke SKKFST selaku Pegawai Perhubungan Sekolah turut memeriahkan sambutan hari guru pada tahun ini.
 Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Anda adalah pembina negara bangsa di seluruh dunia.

" GURU : PEMBINA NEGARA BANGSA "

Saturday 13 May 2017

TAHNIAH!!!

Alhamdulillah...Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring B12 Setiu di atas kejayaan bergelar JOHAN dalam Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri  yang diadakan di Dewan Komuniti Jerteh.Kejohanan yang diadakan pada 11 Mei 2017 itu turut melibatkan seorang wakil dari SKKFST iaitu Adik Nik Nurul Nazreennabila binti Nik Khairul Anuar.Tahniah kepada pasukan dan jurulatih-jurulatih yang terlibat.

SAMBUTAN HARU GURU 2017




Setiap kali tiba 16 Mei  kita akan memperingati Hari Guru.  Hari guru diperingati untuk mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik khususnya. Ada macam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan ekspressi penghargaan kepada guru. Beri ucapan melalui ucapan, kiriman SMS dan kini lebih popular melalui media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan whatsapp.Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri Johor Darul Takzim.





TEMA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-46 TAHUN 2017...



  • Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi


Guru:
Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.











"Guru : Pembina Negara Bangsa"

Wednesday 10 May 2017

KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU TIMUR

 Setiu - Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi Zon Setiu Timur telah diadakan di SK Bukit Mundok  pada 9 Mei 2017 ( selasa ). Ini merupakan salah satu pendekatan dalam usaha untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat cilik yang terpendam di kalangan murid sekolah rendah.
Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan, iaitu pertandingan bercerita tahap 1 dan tahap 2 serta pertandingan pidato bagi tahap 2 sahaja dan shahiba. Setiap kategori terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian tajuk wajib dan spontan. Karnival ini berlangsung selama 1 hari bermula dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.
 TAHNIAH diucapkan kepada peserta dari SKKFST kerana telah mendapat JOHAN dalam Kategori Bercerita Tahap 1, NAIB JOHAN dalam Kategori Bercerita Tahap 2, manakala bagi Kategori Pidato dan Sahiba peserta hanya mendapat saguhati.
Keputusan Rasmi Karnival Bahasa Melayu Zon Setiu Timur :
Bercerita Tahap 1
Johan - SKKFST
Naib Johan - SK Kg Jaya
Ketiga - Sk Seri Langkap

Bercerita Tahap 2
Johan - SK Sg Las
Naib Johan - SKKFST
Ketiga - SK Pak Ba

Pidato Tahap 2
Johan - SK Seri Langkap
Naib Johan - SK Pak Ba
Ketiga - Sk Sg Tong

Shahiba( P )
Johan - SK Bukit Mundok
Naib Johan - SK Sg Las
Ketiga - SK Lubok Teras
 
Shahiba ( L )
Johan - SK Seri Langkap
Naib Johan - SK Sg Tong
Ketiga - SK  Kg Tayor
 Johan Bercerita Tahap 1 - Adik Wan Insyirah Sakina binti Wan Izimi
 Naib Johan Bercerita Tahap 2 - Adik Nadhirah binti Sulaiman
 Peserta Pidato - Adik Husna Ain Shuhada binti Khairullizam
 Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Langkap Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad.
SYABAS dan TAHNIAH kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung.Tahniah kepada yang berjaya...yang kurang berjaya kita cuba lagi dilain masa dan ketika...