...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 September 2017

PROJEK 2 PASCA UPSR 2017

PLAY-DOH GAME

Tuesday 26 September 2017

PROJEK 1 PASCA UPSR 2017

Alhamdulillah...selesai sudah UPSR untuk tahun ini. Sekolah-sekolah kini pastinya membuat persiapan untuk aktiviti-aktiviti Pasca UPSR untuk murid-muridnya. 
Tidak ketinggalan kami warga SKKFST membuat program-program yang pastinya bermanfaat kepada murid. Untuk projek pertama, murid-murid didedahkan dengan acara masak memasak. Pelbagai karenah perangai yang dapat dilihat samada lelaki atau perempuan.Daripada program itulah kita sebagai penilai dapat melihat kebolehan dan kelebihan setiap murid.Hasilnya juga tidak mengecewakan.
Untuk projek kedua Pasca UPSR, pihak sekolah telah merancang lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur kepada murid tahun 6, lawatan akan diadakan pada 28-30 September 2017.
 Inilah hasilnya..agak kreatif dan nampak sedap...:)

Tuesday 12 September 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Sunday 10 September 2017

Wednesday 6 September 2017

UPSR 2017: Selamat Maju Jaya untuk Murid Tahun 6

Sudah hampir.....peperiksaan UPSR akan diadakan pada minggu hadapan 11-14 September 2017. Guru-guru dan warga SKKFST mengucapkan selamat maju jaya untuk murid Tahun 6. Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan cemerlang untuk semua calon.

ALHAMDULILLAH...SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

6 Sept 2017 - Alhamdulillah...usai solat Zuhur berjemaah di Masjid Bukit Nenas sebentar tadi, Majlis Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 September 2017 telah berjaya dilaksanakan. Majlis yang dianjurkan oleh Unit UPSR dengan kerjasama Panitia Agama ini telah melibatkan Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR pada tahun ini. 

Objektif
    - Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar
      - Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
       - Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.
     - Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis ini selesai pada pukul 2.00 petang
Jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.
Murid juga turut memberi respon yang baik sepanjang majlis. Ramai para ibu bapa yang hadir dan turut sama membantu menjayakan majlis ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan jamuan makan dan aiskrim kepada tetamu pada majlis solat hajat UPSR.Segala jasa baik tuan puan hanyalah Allah sahaja yang membalasnya.
 
 INIILAH CALON-CALON UPSR PADA TAHUN 2017.SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KAMU SEMUA. AMIINN.......

Tuesday 5 September 2017

KITA SAMA JUARA....WELL DONE

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN: KARNIVAL BOLA TAMPAR B11 & 16 TAHUN MSST 2017

TEMPAT : SMK BUKIT NENAS ( Sekolah Sukan Negeri Terengganu ), Setiu
TARIKH : 24 - 25 OGOS 2017
HARI : KHAMIS - JUMAAT
RESULT : NAIB JOHAN MSST ( L11 )

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar SKKFST yang sudah mewakili Daerah Setiu kePeringkat Negeri dalam Karnival Bola Tampar B11 MSST pada hujung minggu yang lepas.Setelah berhempas pulas, akhirnya pasukan telah menang dalam kategori kumpulan. Kemenangan terus berpihak kepada pasukan Setiu pada pusingan separuh akhir bertemu pasukan Besut dengan mata 30-25.
Akhirnya Pasukan Setiu terus mara keperingkat Akhir. Ternyata rezeki masih bukan milik kita apabila tewas ditangan Pasukan Hulu Terengganu dengan mata 30-11. Dengan itu Pasukan Setiu hanya mendapat Naib Johan MSST  B11 bagi pasukan lelaki pada kali ini. Walau bagaimanapun Warga SKKFST tetap berbangga kerana mereka telah mencapai kejayaan ketahap ini, mereka langsung tidak patah semangat untuk menghadapi pihak lawan tetapi hanya rezeki tidak menyebelahi mereka.Syabas dan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.


Monday 4 September 2017

KURANG LEBIH SEMINGGU....BERSEDIAKAH ANDA WAHAI CALON UPSR ???

Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah biiznillah..

Be The Best !!  Do The Best !!  All The Best !!

Sebelas tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.



2.

Tenang dan percayakan diri sendiri


Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.



3.

Bersantailah tapi berhati-hati


Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.



4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu


Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.



5.

Jawab soalan secara strategik


Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih


Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.



7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis


Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.



8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya


Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.



9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan


Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.



10.

Analisa jawapan anda

11.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

WELCOME BACK TO SCHOOL