...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 19 May 2018

TADARUS AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN KAREEM

Panitia Agama Islam SKKFST telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1439H. Program ini telah dijalankan sepanjang waktu rehat yang mana murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bersama beberapa orang guru untuk membimbing.
  Program itu adalah tradisi setiap kali datangnya bulan Ramadan bertujuan untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, selain meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Selain itu, ia boleh melatih murid melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
Murid juga dapat mengisi masa di bulan Ramadan dengan perkara yang berfaedah.

Wednesday 16 May 2018

MAJLIS PERSARAAN EN ABDULLAH BIN AHMAD ( POK SU )

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan, selagi hidup perlu diteruskan.
Satu 'Majlis Persaraan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan selepas sambutan hari guru & pekerja semalam 16 Mei 2018. Walaupun tarikh persaraan adalah pada 1 Jun 2018 akan datang, majlis telah diadakan terlebih awal kerana kesuntukan masa dan kedatangan bulan Ramadhan Kareem yang mulia.
Sedikit Biografi tentang En Abdullah bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pok Su...
~ Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 1960 Di Kampung Sungai Tong.
~ Pok Su telah memulakan perkhidmatannya sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R4 di SK Felda Kerteh 1, Paka pada Disember 1985.
Selepas itu Pok Su berpindah ke SK Merbau Menyusut padaTahun 1993,
Pada akhir Tahun 2013 Pok Su telah dilantik sebagai Pembantu Awam Gred H11 di Sekolah yang sama.
  ~ Pok Su telah datang melapor diri di SKKFST pada 1 Oktober 2017 sehingga sekarang.
 Insan yang dirai En Abdullah bin Ahmad
 Turut hadir ke majlis tersebut adlah Tuan Pengurus Ladang Fikri, Tuan Pengurus Kilang Sawit Sungai Tong dan AJK PIBG SKKFST.
 Pok su bersama Guru Besar memotong kek
 penyampaian cenderamata daripada kelab guru & kakitangan serta individu kepada pok su sebagai tanda kenang-kenangan
Sedikit jamuan ringan kepada tetamu yang hadir dan warga skkfst sempena majlis tersebut.

Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan pok su sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada salah silap yang mengguriskan hati dan perasaan.
." Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahkan kebahagiaan dan keberkatan hidup senantiasa.."
 


SEDERHANA TAPI MERIAH...

FIKRI - 16 MEI 2018, SKKFST juga tidak melepaskan peluang mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dalam usaha mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Sekaligus menyambut Hari Pekerja yang juga jatuh pada bulan Mei. Sambutan kali ini agak sederhana namun tetap meriah. Kami tiada Tema, tiada baju cantik tetapi sambutan tetap kecoh dan berseri. Seperti tahun-tahun sebelum ini, seakan-akan telah menjadi tradisi iaitu pertukaran hadiah antara guru dan staf termasuk pekerja kantin sekolah, juga hadiah daripada Kelab Guru & Kakitangan berupa telekung untuk perempuan dan kain  pelikat untuk lelaki. Turut menyumbang hadiah daripada individu adalah sebiji bekas tupperware untuk semua orang.
Turut hadir pada sambutan semalam ialah wakil dari JPNT dan 3 orang wakil dari PPd Setiu. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa datang kemajlis kami yang tidak seberapa.
Ucapan Ketua Murid Adik Che Wan Nurina Aimi bt Che Wan Ralisyardy
Ucapan Tuan Guru Besar
Bacaan perutusan oleh GPK 1 dan GPK HEM
Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Bacaan ikrar Guru yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin 
Wan Md Zin
“Jasa guru terlalu besar dan pastinya tidak akan terbalas segala usaha serta pengorbanan mulia guru-guru ini. Justeru, adalah wajar sambutan sebegini diraikan dengan meriah sekali gus mampu mendidik anak murid dari segi hubungan sosial dan semangat kekitaan itu sendiri,” 
 
Nota Kaki : Keseluruhan gambar sambutan admin telah upload dilaman facebook rasmi sekolah.

CERAMAH AMBANG RAMADHAN

15 Mei 2018 – Panitia Agama Islam SKKFST  telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1439 Hijrah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1439H, satu siri Ceramah Ambang Ramadhan telah diadakan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bagi meraih ganjaran yang berlipat ganda dan keredhaan Allah seterusnya dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Antara objektif program ini adalah menghayati roh Ramadhan sebagai bulan Rahmat dan bersedia ke arahnya.
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memupuk semangat berkorban dengan lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membentuk syakhsiah insan yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.
  • Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

Monday 7 May 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSS ZON SETIU TIMUR 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSS ZON SETIU TIMUR 2018

TARIKH : 6-7 MEI 2018
HARI : AHAD - ISNIN
TEMPAT : SK SERI LANGKAP 

KEPUTUSAN : JOHAN - SK SERI LANGKAP
NAIB JOHAN - SK BUKIT MUNDOK
KETIGA BERSAMA - SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG & SK KAMPUNG TAYOR

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH  DI ATAS SOKONGAN SEMUA PIHAK.

Saturday 5 May 2018

PROGRAM KAWAL OBESITI DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH BERSAMA KLINIK KESIHATAN

Tarikh : 3 Mei 2018
Hari : Khamis
Tempat : Klinik Kesihatan Sungai Tong

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI GURU DAERAH SETIU

3 MAY 2018 ( Khamis ) - Program Derma Darah sempena  Sambutan Perayaan Hari Guru 2018 telah  dilaksanakan di  Dewan SMK Tengku Ibrahim bermula jam 9.00 pagi.  Program yang dilaksanakan saban tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan warga Pendidik Daerah Setiu, pelajar sekolah dan orang awam. Program Derma Darah tahun ini adalah dengan kerjasama dari pihak Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat menyelamatkan banyak nyawa. In Shaa Allah...