...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 28 August 2018

KITA PUNYA !!!!!!

KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN SKK 
DAERAH SETIU B11
TARIKH : 28 OGOS 2018
HARI : SELASA
TEMPAT : SK LEMBAH JAYA
JOHAN KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN
 TAHNIAH !!!!
 

Tuesday 14 August 2018

MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 2018

15 Ogos - Bertempat di Kantin sekolah, telah berlangsung Minggu Sihat Doktor Muda yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Doktor Muda SKKFST 2018.
Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Perutusan Menteri Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Doktor Muda Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi dan Doktor Muda Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi, diikuti dengan slot Penerangan tentang wabak penyakit dan cara menjaga kesihatan oleh Cikgu Yuzrida bt  Awang selaku Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda.
Acara diakhiri dengan memberikan semua murid 'hand sanitizer' sebagai langkah pertama dalam menjaga kesihatan diri. Tahniah Kelab Doktor Muda SKKFST.

Saturday 11 August 2018

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN MERIAH

12 Ogos 2018, Ahad -  Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SKKFST telah diadakan pagi ini di Dataran Perhimpunan selesai sahaja perhimpunan pagi. Semua murid dan guru bersama-sama meraikan malis penuh bermakna ini. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan kibaran jalur gemilang. Ini diikuti dengan bacaan doa, ucapan perasmian serta pelancaran gimik oleh Guru Besar SKKFST, En Zainuddin bin Dollah.

Program ini juga dapat menaikkan semangat patriotik dalam kalangan murid untuk mengimbau sejarah perjuangan orang dulu menuntut kemerdekaan Negara yang dikecapi hingga kini. Tahun ini kita akan menyambut ulangtahun hari kebangsaan yang ke-61.Alhamdulillah....




TAHNIAH Unit Kokurikulum SKKFST...


Wednesday 8 August 2018

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN ( 1MURID 1SUKAN ) 2018

TERPAKSA AKUR - Karnival yang berlangsung selama 2  hari iaitu dari 7 - 8 Ogos 2018 itu membuatkan  juara bertahan, pasukan Biru terpaksa akur dengan  kebangkitan sang Merah apabila berjaya merampas juara keseluruhan dalam KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN yang telah dianjurkan oleh unit Kokurikulum tahun ini. Kategori yang dipertandingkan adalah bola sepak tahap 1 dan tahap 2, bola jaring tahap 1 dan tahap 2 & bola tampar lelaki dan perempuan tahap 2. Rumah Merah yang mengungguli banyak kategori pada karnival tersebut membolehkan pasukan merah kembali bangkit daripada kekalahan yang telah lama dipendam.

Hari Pertama - 7 Ogos 2018
          Bola Sepak & Bola Jaring 

Hari Kedua - 8 Ogos 2018 
Bola Tampar & Penyampaian hadiah
Durian Murah Di Janda Baik
Rumah MERAH...Anda TERBAIK!!!!!!!! 
Aksi sang juara....
 TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA YANG HEBAT ...

P/S : BANYAK LAGI GAMBAR BOLEH DILIHAT DILAMAN FB RASMI SEKOLAH..ADMIN AKAN UPLOAD DALAM MASA TERDEKAT..TERIMA KASIH,, ..