...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 31 December 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2019

HARI PERTAMA - Terima kasih diucapkan kepada EN.SHARUDDIN BIN A.RAZAK, Penyelia Sekolah Rendah PPD Setiu merangkap pegawai perhubungan sekolah kerana sudi hadir meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi beramah mesra dan bertemu para guru, terutamanya murid-murid sebelum memulakan kelas masing-masing untuk sesi persekolahan tahun 2019.

SELAMAT DATANG KE SK FIRST

Pada tahun 2019, SK First telah menerima dua orang guru baru yang telah melapor diri secara rasmi pada hujung tahun 2018 yang lalu. 

Pada 1 Jan 2019 iaitu hari ini merupakan pertemuan pertama mereka bersama guru-guru dan semua murid dalam perhimpunan hari pertama persekolahan sesi 2019. Kehadiran disambut dengan sederhana dengan sesi suai kenal semasa perhimpunan pagi yang bertempat di dataran perhimpunan SK First.

Seluruh warga SKKFST ingin mengucapkan "selamat datang dan selamat menjalankan tugas" kepada cikgu-cikgu. Semoga dengan kedatangan mereka ke sekolah ini bakal meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang dibina di SKKFST.
Cikgu Hasnu Bariyah bt Ya'acob ( DG44 ) menggantikan Cikgu Hajah Rokiah bt Mohamad yang telah bersara.
Ustazah Nur Azlina bt Shamsudin ( DG44 ) menggantikan Ustazah Siti Nooranizah bt Saloji yang telah bertukar ke Pulau Pinang.

Warga SKKFST mengalu-alukan kedatangan kedua-dua guru ini dan semoga dengan kehadiran mereka ini imej SKKFST akan terus gemilang dan cemerlang dalam semua bidang.

 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019


Selamat Datang kepada murid Tahun 1 dan Selamat Kembali ke Sekolah untuk murid tahun 2 - 6. Selamat kembali bertugas kepada semua pendidik dan semua warga SK First.
 Semoga tahun 2019 memberikan lebih daya dan usaha untuk menjadi murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.