...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 31 December 2019

RAGAM HARI PERTAMA


SELAMAT TAHUN BARU 2020


Sunday 3 November 2019

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB PASCA UPSR PERINGKAT DAERAH SETIU 2019

 TARIKH : 4.11.2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK SUNGAI LEREK

Wednesday 30 October 2019

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAERAH SETIU 2019

TARIKH : 31 OKT 2019
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK LEMBAH JAYA

TAHNIAH ADIK AHMAD SHAUQI BIN SAIFUDDIN TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA. BUAT ADIK NUR DINI AFRINA BT MOHD KAMARUZAMAN, JADIKAN IA SEBAGAI SATU PENGALAMAN YANG BERHARGA.

Tuesday 29 October 2019

PROGRAM IJTIMA' PENARAFAN PUTERI SOLEHAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

TARIKH : 24 - 27 OKTOBER 2019
HARI : KHAMIS - AHAD
TEMPAT : DARUL PUTERI, KUALA LUMPUR

PESERTA : WAN INSYIRAH SAKINA BT WAN IZIMI &
NUR HASLINDA WAHIDA BT MOHD FAIZOL




WAN INSYIRAH SAKINA BT WAN IZIMI
 NUR HASLINDA WAHIDA BT MOHD FAIZOL
 PPIM SETIU

Monday 21 October 2019

LAWATAN PASCA UPSR TAMBAH PENGALAMAN BARU

PENANG - Pelbagai pendedahan dan pengalaman baru dirasai oleh murid - murid dan  guru SKKFST sepanjang mengikuti lawatan sambil belajar yang telah diadakan pada 17-19 Okt yang lalu.

Selaku ketua rombongan, Cikgu Md Hesham ismail berkata, lawatan pasca UPSR ini mengambil masa tiga hari dua malam yang menumpukan beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi.
"Ada antara murid-murid ini tidak pernah datang ke sini dan Kali ini, mereka diberi peluang merasai pengalaman sendiri dan secara tidak langsung dapat pendedahan baru.
 Bertambah manis dalam lawatan kali ini ialah murid dan guru dapat bersua muka kembali dengan Ustazah Noor Anizah iaitu bekas Guru SKKFST yang telah berpindah ke kampung halaman sejak awal tahun 2019
Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan lawatan ini.Lawatan ini sangat bermakna kepada guru-guru pengiring dan murid-murid yang turut serta pada tahun ini.

 
 

DIMANA ADA GELANGGANG..DI SITU KAMI DATANG..

KARNIVAL BOLA TAMPAR PERMATAKU LELAKI B11 PERINGKAT NEGERI 
TERENGGANU

TARIKH : 21 OKT 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK TAPU
KEPUTUSAN : KETIGA BERSAMA



TAHNIAH PEMAIN DAN COACH..

Tuesday 15 October 2019

KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Bulan Sukan Negara yang dahulunya dikenali sebagai Hari Sukan Negara telah ditambah baik dengan pelaksanaan secara berterusan sepanjang bulan Oktober menggunakan konsep yang lebih mudah dan menarik orang ramai. Ianya adalah satu agenda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dengan mendorong mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi.
Mengambil inisiatif tersebut, Unit Kokurikulum SKKFST telah mengadakan satu kejohanan Bola Tampar antara rumah sukan pada 15 Oktober ( Selasa ).
Acara dimulakan dengan pemanasan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh instructor hebat
Aksi-aksi sepanjang perlawanan yang sempat dirakam lensa admin
Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Cikgu Faizal bin Din, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKKFST
Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Johan Perempuan : Rumah Merah
Johan Lelaki : Rumah Kuning
Penyampaian cenderamata kepada para pengadil dan warga kerja
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA DAN PEMENANG. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA SKKFST DI ATAS SEGALA KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN.