...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 30 June 2019

KEM PEMANTAPAN AKADEMIK TAHAP 2 & UPSR 2019

27 - 29 Jun 2019, Kuala Terengganu - SKKFST telah mengadakan KEM PEMANTAPAN AKADEMIK TAHAP 2 & UPSR 2019 yang melibatkan murid Tahun 5 dan Tahun 6. Seramai 36 orang telah menyertai kem tersebut selama tiga hari dua malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Semasa kem murid-murid telah diberi pengisian dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah teknik menjawab soalan UPSR, perkongsian motivasi, slot kerohanian, aktiviti dalam kumpulan dan juga permainan dalaman dan lain-lain. Tujuan kem ini adalah agar dapat meningkatkan keyakinan murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

 Pendaftaran peserta pada jam 2.30 petang
 Jutaan terima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang datang berkongsi ilmu dengan anak didik SKKFST
 Slot kerohanian bersama Ustazah Syikin dan Ustaz Rasidi
 English is fun daripada Sir Wan Izimi

Terima kasih kepada semua guru dan warga SKKFST dalam menjayakan KEM PEMANTAPAN AKADEMIK TAHAP 2 & UPSR 2019 ini. Semoga murid Tahun 6 cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lebih dari 2 bulan lagi. SELAMAT MAJU JAYA!!!

Monday 24 June 2019

MENANG BESAR...WELL DONE..GOOD JOB !!!!

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON SETIU TIMUR
24 JUN 2019
ISNIN
SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG
Akhirnya....SK Firsts telah berjaya membuktikan kecemerlangan murid-murid. Pada tahun ini, Panitia Bahasa Inggeris berjaya merangkul hampir kesemua pingat Emas yang dipertandingkan dalam Karnival Bahasa Inggeris Zon Setiu Timur 2019. Karnival yang diadakan pada 24 Jun 2019 bertempat di SK Kampung Fikri Sungai Tong sendiri selaku tuan rumah.
 Sejumlah 11 buah sekolah di bawah Zon Setiu Timur menyertai Karnival ini. Pertandingan yang diadakan di karnival ini termasuklah Action Song, Story Telling, Poem Recitation, Public Speaking dan Scrabble.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Firsts, Cikgu Zainuddin bin Dollah. 

Keputusan Rasmi :  
JOHAN - ACTION SONG
JOHAN - STORY TELLING
JOHAN - PUBLIC SPEAKING
JOHAN - POEM RECITATION
Pendaftaran peserta seawal jam 8.30 pagi
Peserta Story Telling - Adik Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi

Peserta Public Speaking - Adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi
 Peserta Poem Recitation - Adik Nurin Qistina Hannani bt Mohd Hanif & Adik Nur Haslinda Wahida bt Mohd Faizol
Pasukan Action Song di bawah bimbingan Cikgu Yuzrida bt Awang dan Ustazah Aini Salmy bt Azam.
Terima kasih kepada Pasukan Scrabble kerana telah berusaha, namun rezeki tidak menyebelahi kita tahun ini. Kita cuba lagi dilain masa.
Barisan hakim-hakim menerima sijil penghargaan.Terima Kasih kepada semua
TAHNIAH kepada semua pemenang, jurulatih-jurulatih dan penyokong-penyokong yang sentiasa bersama menyokong apa sahaja yang melibatkan kejayaan murid. Semoga segala kerja buat kita mendapat balasan Allah jua. 

 
 

KEJOHANAN MEMANAH PEMILIHAN SUKAN MEMANAH MSS KUALA NERUS 2019

 TARIKH : 24 JUN 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : LAPANG SASAR MEMANAH SK IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL

 Adik Sofiya fokus pada sasaran
TAHNIAH KEPADA ADIK SOFIYA DAN PASUKAN

KEPUTUSAN :
Ketiga - round 1
Kedua - round 2
Kedua - keseluruhan

Tuesday 18 June 2019

PROGRAM GOSOK GIGI

Pada 17 Jun 2019 - Program gosok gigi dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sri Langkap bersama pasukan doktor muda SK First telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu program sekolah yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan gigi. Program ini telah lama diwujudkan di sekolah ini. Hasilnya dapat dilihat setelah pemeriksaan doktor gigi yang datang ke sekolah telah menunjukkan peratus kerosakan gigi di kalangan pelajar sekolah ini semakin berkurangan.