...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 28 August 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA UPSR 2019

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada 28 0gos 2019 ( Rabu ) sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 4 hingga 12 September 2019. Majlis diadakan di Masjid Bukit Nenas yang dianjurkan oleh Unit UPSR dengan kerjasama Panitia Agama. Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR sekolah ini dijemput hadir. 
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Imam Masjid Bukit Nenas. Kemudian, majlis bacaan Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Imam. Setelah selesai bacaan Yassin, solat hajat berjemaah dan seterusnya, Guru Besar SKKFST telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada calon UPSR. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.
 




Objektif
Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar
-    Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
-  Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.
-   Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru

PEMANTAUAN FASA 2 SEKOLAH PENARAFAN KBAT

TARIKH : 28 OGOS 2019
HARI : RABU

PEGAWAI PEMANTAU :

 1. CIK MIFTAHULJANNAH BT KAMARUDDIN 
( PEN.PENGARAH UNIT INOVASI DAN TEKNOLOGI, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

2. CIK WAN MAIZATUL SHIMA BT WAN MUSA
 ( SPA, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU )
 Gambar kenang-kenangan bersama pegawai pemantau
 Pegawai pemantau bersama pentadbir
Terima kasih datang ke sekolah kami...sila datang lagi dilain masa..

Saturday 17 August 2019

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

 TARIKH : 18 JUN 2019
HARI : AHAD

 OBJEKTIF :
1. Menghayati pengorbanan pejuang kemerdekaan.
2. Memahami perjalanan kronologi sejarah kemerdekaan tanah melayu.
3. menanamkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap murid dan guru.

Perasmian gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Cikgu Faizal bin Din ( GPK Pentadbiran )



" SAYANGI MALAYSIAKU..MALAYSIA BERSIH.. "

Wednesday 7 August 2019

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDILADHA 1440H


TEMU MURNI KALI KE-2 & SOLAT HAJAT UPSR 2019

Rabu - 7 Ogos 2019 Unit Kurikulum dengan kerjasama  Unit UPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni Kali Ke-2 Dan Solat Hajat  bagi murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR pada 4-12 September 2019 akan datang. Majlis hanya diadakan di Kantin Sekolah yang diimamkan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh. 
Majlis dimulakan pada jam 4.30 petang. Semua jemputan sempat solat asar berjemaah sebelum Majlis Temu Murni diadakan di Makmal Komputer.
 Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
 Ucapan alu-aluan daripada Sir Wan Izimi.
Objektif Program
-    Melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar
-       Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
-      Berkongsi mengenai ilmu keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat  membantu pembelajaran anak.
-    Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan guru.

 
Selesai Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah para jemputan diraikan dalam satu jamuan ringkas untuk merapatkan lagi silatulrahim. Majlis tamat lebih kurang jam 9.30 malam dan Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir menjayakan lagi majlis ini. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak kita dalam peperiksaan UPSR nanti.

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS ( STORY TELLING SEKOLAH RENDAH ) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019

TARIKH : 7 OGOS 2019
HARI : RABU
TEMPAT : SK SULTAN SULAIMAN II
PESERTA : WAN INSYIRAH SAKINA BT WAN IZIMI
PENCAPAIAN : SAGUHATI 

 " THE LITTLE ALADDIN " SEDANG BERAKSI

TAHNIAH KERANA BERJAYA SAMPAI KETAHAP INI. IN SHAA ALLAH KITA CUBA LAGI DILAIN MASA...ANDA TELAH MENANG DIHATI WARGA SK FIRST....

Monday 5 August 2019

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ( ACTION SONG ) PERINGKAT DAERAH SETIU

 SETIU - 5 Ogos 2019 ( Isnin ), Karnival Bahasa Inggeris kategori Action Song peringkat Daerah Setiu telah diadakan di Dewan SK Lembah Jaya. Tahniah kepada semua peserta kerana sudah sampai ketahap ini. Jutaan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih di atas pengorbanan masa, tenaga, wang dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa cikgu-cikgu. In Shaa Alllah..kita cuba lebih baik dimasa akan datang.