...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 30 September 2019

TAHNIAH CIKGU-CIKGU HEBAT

 KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PAK 21
SEKOLAH PENARAFAN KBAT TERENGGANU 2019
TARIKH : 30 SEPT 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

KEM BESTARI SOLAT

TARIKH: 30 SEPT 2019
HARI: ISNIN
MASA:  8.00 PAGI -12.30 TENGAH HARI
ANJURAN : PANITIA AGAMA ISLAM

OBJEKTIF:
1. Murid dapat membuat amali wudhuk dengan sempurna.
2. Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan wajib dan bacaan sunat dalam solat.
3. Murid dapat tahu perlakuan solat dengan betul dan sempurna.
4. Murid dapat membuat amali solat berjemaah dengan betul.
5. Murid dapat belajar cara berkhutbah dan adab2 mendengar khutbah dengan baik.
6. Agar murid cintakan solat serta boleh solat dengan sempurna.
 Latihan Dalam Kumpulan
Program telah dijalankan dengan jayanya. Semoga semua murid dapat manfaatkan segala ilmu yang telah mereka dapat dalam program hari ini.

Wednesday 25 September 2019

XPDC SANTAI


Sunday 22 September 2019

PERTANDINGAN WAR CRY ZON SETIU TIMUR

TARIKH : 22 SEPT 2019
HARI : AHAD
TEMPAT : SK SERI LANGKAP


TAHNIAH KERANA MENCUBA..KITA CUBA LAGI DILAIN MASA

Wednesday 18 September 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA B11 MSSD 2019

 TARIKH : 19 SEPTEMBER 2019
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK PENAREK

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA

Tuesday 17 September 2019

KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR B11 MSSD SETIU 2019

 TARIKH : 17.9.2019
HARI : SELASA
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS

KEPUTUSAN :
PEREMPUAN B11 - JOHAN
LELAKI B11 - NAIB JOHAN


TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN

Monday 16 September 2019

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SK FIRSTS MERIAH

Pada tanggal 15 September yang lalu, satu majlis penutupan Bulan Kebangsaan yg ke 62 peringkat sekolah telah dilaksanakan, bertempat di Dataran SK Firsts Seluruh warga telah terlibat dalam majlis ini. Bertemakan " Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih ". Sambutan yang penuh warna-warni disambut dengan meriah dan kesyukuran.

 Secara ringkasnya pada majlis tersebut telah diadakan:

1. Nyanyian lagu Patriotik
2. Perarakan Merdeka
3.Pertandingan mewarna Tahap 1
4. Pertandingan melukis poster Tahap 2
  5. Pertandingan Pakaian Beragam (Tema Kemerdekaan)
6. Ucapan Perasmian penutup
 Murid pra sekolah yang comel bersama pakaian bertemakan Merdeka
 Ucapan Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah
 Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
 Perarakan merdeka yang disertai semua murid dan guru
 Gimik Pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah
Formasi yang telah dilakukan sempena kemerdekaan kali ke-62
 Para pentadbir sekolah tidak ketinggalan memperagakan pakaian masing-masing
 warna-warni ulang tahun kemerdekaan
 Pertandingan pakaian beragam. Semua cantik dan hensem
 Pertandingan mewarna Tahap 1
 Pertandingan melukis poster Tahap 2
 Pemenang pakaian merdeka paling menarik telah dimenangi oleh para pentadbir

Sambutan Bulan Kebangsaan SKKFST adalah acara tahunan bagi menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan murid serta guru.