...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 20 January 2020

MAJLIS HI-TEA SEMPENA PERTUKARAN GURU DAN STAF

Tarikh : 19 Januari 2020
Hari : Ahad
Tempat : Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong
 Warga SKKFST bersama mantan GB dan guru-guru yang pernah berkhidmat di SKKFST
 Ucapan insan yang dirai
"Semoga ukhwah kita akan terus kekal walau di mana kita berada
banyak kenangan yang telah kita cipta bersama, semoga segalanya kekal diingatan semua.."

Saturday 18 January 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2020 SELESAI

16  JANUARI-  Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SKKFST yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKKFST. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan semua murid yang  mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru.
Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dimana murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dan  Selepas itu, penyelaras kejohanan telah memberikan taklimat  keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 8.30 pagi, acara merentas desa dimulakan. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Mazlan bin Che Ismail mengikut kategori.
  Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota keselamatan TDM. 
Tahniah dan syabas kepada pasukan Merah kerana berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa Tahun ini.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Pada 15 Januari 2020 yang lalu, Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 SKKFST telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1  yang telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1. Majlis Penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi Murid Tahun 1. Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.
Antara aktiviti sepanjang program transisi tahun 1 sesi 2020
Kepada semua murid Tahun 1, 
selamat memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.
Semoga terus cemerlang dan mencipta  pelbagai kejayaan dan pengalaman berguna
sepanjang berada di SKKFST.

Saturday 11 January 2020

PEMBUKA TIRAI 2020 CEMERLANG

PERTANDINGAN LIGA MEMANAH TERTUTUP 4 PENJURU TERENGGANU
TARIKH : 11 JAN 2020
HARI : SABTU
TEMPAT : SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR (KOMSTAR)

PENCAPAIAN : ELIMINATION ROUND ( PERAK ) & OLIMPIK ROUND (EMAS )

 TAHNIAH ADIK NUR ADRIENA DANISHA BT SURHAN DAN COACH CIKGU
 ZURINA AZRA BT CHE ABDUL RASHID

Wednesday 1 January 2020

JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG

SKKFST menerima kejutan besar pada akhir tahun 2019 apabila 5 orang guru telah bertukar ke sekolah baharu.Sesungguhnya berita ini amat menyedihkan warga murid dan guru SKKFST. namun begitu didoakan agar cikgu-cikgu meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya dan mendidik anak bangsa di sekolah baharu. Selamat Bertugas dan Maju Jaya di sekolah baharu..jangan lupa kami di sini.

Cikgu Zainuddin bin Dollah bertukar ke SK Telaga Papan
Cikgu Mohd Sabri bin Mohd bertukar ke SK Lubok Teras
Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin bertukar ke SK Biak, Dabong Kelantan
Cikgu Nik Mazlina binti Nik Abd Rahman Bertukar ke SK Paloh
Cikgu Norasyikin binti Mohd Noor bertukar ke SK Bintang


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.