...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 24 February 2020

SALAM 1 REJAB


 Image result for salam 1 rejab

 Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan

Sunday 23 February 2020

LAWATAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS KE PESTA BUKU DAN MUZIUM

23 Feb 2020 -  Program Lawatan Sambil Belajar Pemimpin cilik SKKFST ke Perpustakaan Negeri Terengganu sempena pesta buku 2020. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan. Selain itu, murid telah di bawa ke Muzium Negeri Terengganu untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang sejarah dan asal usul Negeri Terengganu.
    Aktiviti ini melibatkan 35 orang murid Tahun 4-6  dan disertai oleh 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Media Cikgu Yuzrida bt Awang. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.
 Murid-murid  juga telah dibawa ke Taman Tamadun Islam pada hari itu untuk melihat monumen masjid-masjid diseluruh dunia. Semoga mendapat pengalaman yang bermakna kali ini.
Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam lawatan kali ini.

Saturday 22 February 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-11

Kejohanan Olahraga kali ke-11 peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 19 - 20 Feb 2020 yang lepas. Kejohanan bertempat di Arena Sukan SKKFST.
Seramai 135 orang murid termasuk murid Pra telah menyertai acara masing-masing dengan ceria dan bersemangat demi menyumbang mata kepada rumah sukan yang bertanding. 
Acara rasmi telah dimulakan dengan perarakan masuk peserta yang bertanding mengikut rumah sukan masing-masing. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus TDM Ladang Fikri En. Radzwan bin Azid.
 Perarakan masuk peserta memberi tabik hormat kepada tetamu.
 Bacaan ikrar peserta bertanding yang diketuai oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin
Ucapan perasmian dan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKFST En.Mazlan bin Che Ismail.
 Johan keseluruhan tahun 2020 dijulang oleh Rumah Biru
Olahragawan & Olahragawati yang telah dinobatkan dalam Kejohanan Olahraga kali ke-11.
Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.

Terima kasih kepada PIBG, barisan pentadbir, guru-guru serta warga SKKFST atas sokongan dan kerjasama kalian. Semoga Olahraga SKKFST terus cemerlang  pada arena sukan peringkat yang lebih tinggi.
MERAK MERAH SEMARAK API,
SEMANGAT JUANG TAK PERNAH HILANG;
MEREBUT JUARA SUDAHLAH PASTI,
BIAR SAMPAI BERPUTIH TULANG.
 
Sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan.....



" SKKFST...PERTAMA SELAMANYA "

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020

Setiu - Program yang diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah dirasmikan dengan jayanya pada 17 Februari 2020, bertempat di SKKFST.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Koperal Mohd Azwiara bin Ibrahim dari Unit Pengangkutan IPD Setiu merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah SKKFST. Terima kasih Tuan Koperal sudi hadir memeriahkan majlis kami.

Saturday 15 February 2020

KEJOHANAN MEMANAH MSST 2020


TARIKH : 14-15 FEB 2020
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS

TAHNIAH KEPADA PASUKAN DI ATAS PENCAPAIAN YANG CUKUP MEMBANGGAKAN. PASUKAN DI BAWAH BIMBINGAN COACH CIKGU ZURINA AZRA BT CHE ABDUL RASHID.

Monday 10 February 2020

MAJLIS PEMBUDAYAAN IKEP PERINGKAT SEKOLAH

 Ucapan perasmian disempurnakan oleh GPKP Cikgu Faizal bin Din
 Gimik pelancaran
DEFINISI PSIKOMETRIK

PSYCO: Kajian tentang jiwa
METRIK: Measure/Ukur

  • Mengukur dimensi berkaitan minda atau jiwa seperti sensitiviti, kecerdasan, aptitud, dan personaliti.

TUJUAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
  • Untuk mengukur kebolehan  (minat, sikap, personaliti dan kecenderungan)
  • Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan.
  • Membantu membuat keputusan yang praktikal/realistik.
  • Memahami secara lebih mendalam ; keadaan semula jadi dan perbezaan individu.
  • Memberi maklumat pendedahan kerjaya yang lebih luas dan tepat (Meluaskan aspirasi kerjaya)
KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
  • UJIAN APTITUD
          Ujian Aptitud adalah mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan.