MENU SEKOLAH

Wednesday 27 February 2013

BANJIR 3.0

SETIU 26 FEB 2013 - Hujan yang berterusan menyebabkan air naik di beberapa buah jalan termasuk di laluan masuk ke SKKFST. Warga SKKFST pulang seawal jam 10.00 pagi berikutan kenaikan paras air yang cepat.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Dungun iaitu seramai 317 orang daripada 80 keluarga diikuti Setiu iaitu 269 orang daripada 71 keluarga dan 171 penduduk daripada 41 keluarga di Marang.
Di Setiu pula, 35 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di Surau Kampung Sungai Pinang, 36 orang daripada 10 keluarga di Dewan Sivik Langkap, 23 orang daripada tujuh keluarga di Balai Raya Desa Jaya dan 15 orang melibatkan lima keluarga di Masjid Pangkalan Merbau.

No comments:

Post a Comment