MENU SEKOLAH

Tuesday 2 April 2013

DAUN SELASIH IKAN PUYU..TERIMA KASIH THANK YOU..

KUALA TERENGGANU - Bertempat di stadium Tertutup,Gong Badak, Majlis Aprisiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Anjung Ilmu  telah diadakan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu,Y.A.B.Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.
Menteri Besar Terengganu telah dianugerahkan gelaran sebagai "Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu" oleh warga pendidik Negeri Terengganu sempena majlis tersebut.
Y.A.B Menteri Besar dalam ucapannya semalam memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih 300 juta ringgit Malaysia setahun bagi membangun kecemerlangan pendidikan  demi memastikan anak-anak Terengganu tidak ketinggalan dengan negeri-negeri lain. 

No comments:

Post a Comment