MENU SEKOLAH

Wednesday, 15 January 2014

TERSURAT DAN TERSIRAT


 
 
RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU :KISAH SEEKOR BELALANG

Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya selama ini. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Di perjalanan dia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun dia kehairanan mengapa belalang lain boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.

Dia pun menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia ataupun bentuk tubuh ?”. 

Belalang itu pun menjawabnya dengan pertanyaan, “Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Sebagai renungan di hujung minggu ini buat rakan-rakan semua, Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami hal yang sama seperti belalang tadi.

Persekitaran yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang silih berganti, kata-kata rakan sekerja dan ahli keluarga atau pendapat jiran tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam ‘kotak’ yang membatasi semua keunikan dan kelebihan kita. Kita lebih mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka bisikkan kepada kita tanpa pernah berfikir benarkah anda seteruk itu?

Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri kita sendiri!

Tidakkah anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahawa anda boleh “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” kalau anda mahu menyingkirkan “kotak” itu? Tidakkah anda ingin membebaskan diri agar anda boleh mencapai sesuatu yang selama ini anda anggap diluar batas kemampuan anda?

Beruntunglah kita sebagai manusia dibekalkan Tuhan kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu wahai sehabat semua, teruslah berusaha mencapai apapun yang anda ingin capai. Sakit dan lelah serta air mata adalah lumrah, tapi bila anda sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar.

MORAL OF THE STORY: Kehidupan anda akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan anda. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk anda! Renung-renungkan wahai teman…





Sumber : http://jasminshahab205.blogspot.com/2013/05/renungan-di-hujung-minggu-kisah-seekor.html 

No comments:

Post a Comment