MENU SEKOLAH
▼
Saturday, 28 February 2015
Wednesday, 25 February 2015
TIPS MANGHABISKAN MASA CUTI DENGAN BERFAEDAH
1. Mengembara
Kumpul beberapa orang rakan yang rapat dan rancanglah satu trip untuk menjelajah mana-mana tempat yang menarik. Mengembara dapat membuka minda kita bukan sahaja terhadap tempat yang kita kunjungi, tetapi juga terhadap diri kita sendiri.
2. Bekerja
Carilah kerja, bukan untuk kumpul duit dan menjadi kaya, tetapi untuk merasai usaha yang harus diletakkan untuk mendapatkan duit tersebut. Ia lebih bermakna daripada “scratch and win” ataupun skim cepat kaya.
3. Membaca
Kita tidak boleh bergantung kepada pemikiran minda kita sahaja jika ingin hidup di atas bumi ini yang kita kongsi dengan manusia-manusia yang lain. Kita harus membuka ruang untuk melihat cara pemikiran orang lain juga. Mungkin, cara pemikiran mereka lebih bernas daripada cara kita sebelum ini.
4. Volunteer
Membantu orang lain itu sebenarnya membantu diri kita sendiri, kerana dengan membantu mereka, hati kita tenang dan gembira. Membantu orang lain merupakan salah satu terapi diri yang efektif.
5. Mencari ilmu
Mencari emas tidak mudah. Emas tidak berselerak di atas tanah, emas itu ditanam dalam perut bumi. Untuk mencarinya, kita harus pilih kawasan yang sesuai – bukan semua tanah ada emas. Apabila kita jumpa kawasan yang sesuai, kita harus gali dan gali. Apabila kita jumpa emasnya, kita tidak boleh jual begitu sahaja. Ia harus lalui proses pembersihan sebelum kita dapat perolehi emas yang berharga.
# Sekadar perkongsian

Sunday, 15 February 2015
Saturday, 14 February 2015
~~~ TAZKIRAH AHAD ~~~
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah, syukur lagi saya pada Allah SWT kerana masih dipanjangkan umur untuk saya teruskan kehidupan seperti biasa...Ahad 15 Feb 2015
Wednesday, 11 February 2015
LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR KE SRI UTAMA INTERNATIONAL SCHOOL
Bersama pengetua Sri Utama International School ( *tengah )
Ucapan Selamat Datang daripada Pengetua SUIS
Lawatan sekitar kawasan SUIS
Persekitaran SUIS
Menikmati kudapan yang disediakan oleh pihak SUIS
Penyerahan tanda kenangan dan penghargaan dari pihak SKKFST kepada Pengetua SUIS
Tarikh Lawatan 11 Februari 2015 ( Rabu ) . Terdiri daripada AJK Kebitaraan Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Tuan Guru Besar telah ke Sri Utama International School, Kuala Terengganu untuk satu sesi lawatan perkongsian Pintar.Lawatan itu bermula pada 12.00 Tengahari dan berakhir pada 2.00 petang.
Sepanjang lawatan tersebut banyak pengetahuan yang telah diperolehi
hasil daripada perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak. Terima kasih diucapkan kepada warga SUIS dengan layanan yang diberi dan sudi
menerima kedatangan kami.
Tuesday, 10 February 2015
Sunday, 8 February 2015
KELAS BIMBINGAN MENTOR MENTEE
Seperti tahun-tahun sebelumnya kelas bimbingan mentor mentee diadakan bagi membimbing murid mengikut tahap kebolehan murid yang mana murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan guru menilai dan membimbing murid tersebut.Diharap dengan usaha yang diberi oleh pihak sekolah ini dapatlah membantu serba sedikit kekurangan murid yang lemah dalam memantapkan lagi kebolehan murid itu sendiri.
Kelas bermula hari ini dari jam 2.00 - 3.00 petang.
KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2015
09 Feb 2015 - KEMENANGAN BERGANDA!!! Hanya itu yang sesuai dikatakan untuk SKKFST hari ini.Pasukan Bola Jaring Sekolah turut mengikut langkah pasukan bola baling apabila menjadi JOHAN ZON SETIU TIMUR hari ini.Kejohanan Bola Jaring peringkat Zon Setiu Timur telah berlangsung di SK Seri Langkap pagi tadi dan sekali lagi gelaran JOHAN ZON menjadi milik SKKFST.
Bertemu tuan rumah sama sekali tidak menggentarkan pasukan SKKFST malah dengan kemenangan 7-5 SKKFST berjaya membuktikan SKKFST tidak gentar dengan sesiapa. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Jaring SKKFST di atas kejayaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saturday, 7 February 2015
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2015
Pada hari ini 8 Feb 2015 telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas bagi tahun 2015. Pada majlis ini telah menghimpunkan
pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Kepada murid-murid yang telah dilantik diharapkan dapat
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Majlis dimulakan dengan ucapan Alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST En Zainuddin bin Dollah, seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Inspektor dari IPD Setiu yang dijemput disusuli dengan bacaan ikrar oleh ketua Pengawas yang dilantik.
Pengerusi dan barisan AJK kepimpinan sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta bantuan tenaga kepada:-
- Ibu Pejabat Polis Setiu
- Balai Polis Sungai Tong
- Warga SKKFST
- Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Dalam menjayakan majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan sekolah untuk sesi 2015 ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan Alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST En Zainuddin bin Dollah, seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Inspektor dari IPD Setiu yang dijemput disusuli dengan bacaan ikrar oleh ketua Pengawas yang dilantik.
Sesi Q & A
Ucapan PDRM sekaligus merasmikan majlis
Bacaan ikrar oleh Oleh Pengawas-pengawas yang telah dilantik diketuai oleh adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri
Penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah sesi 2015
Penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas perpustakaan sekolah sesi 2015
sesi bergambar bersama tetamu jemputan
SEKALUNG PENGHARGAANPengerusi dan barisan AJK kepimpinan sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta bantuan tenaga kepada:-
- Ibu Pejabat Polis Setiu
- Balai Polis Sungai Tong
- Warga SKKFST
- Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Dalam menjayakan majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan sekolah untuk sesi 2015 ini.
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015
Tempat: Tapak Perhimpunan Sekolah
Masa: 8.00 pagi
Tarikh: 8 Feb 2015 ( Ahad )
Masa: 8.00 pagi
Tarikh: 8 Feb 2015 ( Ahad )
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian
Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang
ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah
dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya
pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei
1998.
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti
membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki
tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing
dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun
aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015
Pada 05 hb Februari 2015 (Khamis), satu Mesyuarat Agung
PIBG kali 1/2015 telah diadakan di Kantin SKKFST tepat pada pukul 10.00
pagi.
Seawal jam 9.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di kantin SKKFST.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Azman Ali Akmal ( KAFA ). Seterusnya persembahan pembukaan iaitu bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin dari tahun 6 Jasmin.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En Zainuddin bin Dollah ( Guru Besar ) dan ucapan perasmian mesyuarat oleh Tuan Haji Jazlan bin Mat Amin ( S/U Penyelaras DUN Langkap ).

Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh adik Ahmad Shafi bin Hj Saifuddin Dari Kelas 6 Jasmin
Penyampaian Cenderahati kepada murid 5A 2014 |
Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan Berjalan Lancar