MENU SEKOLAH

Saturday 7 February 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Pada 05 hb Februari 2015 (Khamis), satu Mesyuarat Agung PIBG kali 1/2015 telah diadakan di Kantin SKKFST tepat pada pukul 10.00 pagi.
Seawal jam 9.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di kantin SKKFST.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Azman Ali Akmal ( KAFA ). Seterusnya persembahan pembukaan iaitu bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin dari tahun 6 Jasmin.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En Zainuddin bin Dollah ( Guru Besar ) dan ucapan perasmian mesyuarat oleh Tuan Haji Jazlan bin Mat Amin ( S/U Penyelaras DUN Langkap ).
Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh adik Ahmad Shafi bin Hj Saifuddin Dari Kelas 6 Jasmin
Penyampaian Cenderahati kepada murid 5A 2014

Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan Berjalan Lancar


No comments:

Post a Comment