MENU SEKOLAH

Sunday, 15 March 2015

Pesanan Musim Cuti Sekolah

Salam ceria untuk semua...
Minggu ini kita masih lagi dalam mood cuti sekolah. Hmmmm...bila sebut pasal cuti ni tentunya ramai anak-anak di luar sana yang memang bercuti sakan sampai lupa buku. Bagi yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM tentunya pihak sekolah telah membuat perancangan yang baik untuk kalian kan... Biasanya kalau minggu pertama ada kelas atau kem kecemerlangan akademik maka minggu kedua akan diberi cuti untuk rehat.Manakala bagi kelas yang tiada peperiksaan awam tahun ini biasanya guru-guru akan membekalkan dengan 'homework' yang secukupnya....secukup rasa kot...Pesanan akak jangan sampai tinggal dua hari lagi sekolah nak buka baru la terhegeh-hegeh nak siapkan homework...Jangan!!!!!
Image result for PESANAN DIMUSIM CUTI SEKOLAH
Manfaatkanlah masa cuti anda ini dengan menguruskan masa dengan bijak.Kepada para ibubapa yang sibuk bekerja. Luangkanlah sedikit masa anda untuk anak-anak anda. Ini adalah peluang yang paling baik. Bawa anak balik kampung, atau pergi jalan-jalan ke mana-mana tempat menarik.Kepada yang melangsungkan perkahwinan pula, selamat pengantin baru akak ucapkan. Akak pun ada menerima banyak undangan kahwin, sampai tak terlarat dah nak hadiri jemputan..
Satu lagi pesanan akak ialah berhati-hatilah di jalan raya. Seronok bercuti bersama-sama anak dan keluarga jangan sampai berduka disebabkan kecuaian diri. Jangan lupa baca bismillah dan doa ketika hendak memulakan perjalanan. Kalau dah sampai, ke tempat di tuju, ucapkanlah syukur kepada Yang Maha Esa.
OK... akak ada kerja nak buat ni....bye2Image result for aktiviti musim cuti sekolah

No comments:

Post a Comment