MENU SEKOLAH

Tuesday 11 August 2015

SOLAT HAJAT MOHON KEJAYAAN UPSR SKKFST 2015

Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin Sempena UPSR 2015
11 Ogos 2015 ( Selasa ), SKKFST telah mengadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin bagi memohon  keberkatan dari Allah S.W.T dan memberikan kecemerlangan kepada calon-calon UPSR 2015 seramai 19 orang. Majlis disertai oleh Ibubapa pelajar dan AJK-AJK PIBG serta guru-guru dan para pelajar sendiri.

Tentatif : - Solat Maghrib berjemaah
              - Solat Sunat Hajat
              - Bacaan Yassin
              - Tahlil Pendek
              - Solat Isyak Berjemaah
              - Jamuan / bersurai
Jamuan pulut kuning yang dibawa oleh ibu bapa.
Persiapan bilik jamuan kepada yang tetamu yang hadir
 
Sementara menunggu jemaah dan azan maghrib
 Sama-sama mengalunkan bacaan yasin memohon keberkatan dari yang satu
Sedikit jamuan makan kepada yang sudi hadir

Semoga pelajar-pelajar SKKFST akan menghadapi peperiksaan UPSR 2015 dengan tenang dan akan memperolehi kejayaan yang cemerlang nanti. In shaa Allah...
 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)





" Angkatkanlah segala rintangan dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama. "

No comments:

Post a Comment