Pada 24 Jun 2016 telah diadakan majlis berbuka puasa peringkat
sekolah di SKKFST.Antara yang dijemput adalah
seluruh warga sekolah,PIBG, Pengurus-Pengurus Ladang dan Kilang Sawit, ibu bapa serta komuniti yang
berhampiran.Jemputan telah tiba di sekolah bermula jam 6.00 petang.
Tazkirah Ramadhan dan Ambang Syawal oleh Ustaz Azman bertempat di Surau An-Nur SKKFST sementara menunggu waktu berbuka.
Persiapan juadah untuk berbuka seawal jam 6.00 petang dengan kerjasama semua guru dan pekerja SKKFST.
Majlis tahlil turut diadakan sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Nya.
Bila azan berkumandang....Bismillah..... ALLAAHUMMA LAKASUMTU WABIKA AAMANTU WA'ALAA RIZQIKA AFTHORTU BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIIN
Tujuan
utama majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan
silaturrahim antara warga sekolah dan komuniti. Majlis telah berjalan
dengan lancar dengan jumlah kehadiran yang agak memberangsangkan.Terima kasih untuk semua yang telah terlibat dari segi sumbangan tenaga,masa dan wang.jumpa lagi dilain ketika...wassalam....
No comments:
Post a Comment