MENU SEKOLAH

Monday, 10 July 2017

MERIAHNYA HARI RAYA DI DESA

" Jemur mengkuang di tengah laman
Siang berpanas malam berembun
Syawal yang indah sudah menjelang
Jauh dan dekat datang berhimpun
Selamat berhari raya
Selamat berhari raya "

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama.
Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia berbanding dengan sambutan Hari Raya di negara-negara lain.
Ahad ( 6 Julai 2017 ) – Majlis gilang gemilang dan penuh warna warni disamping pentas yang cukup indah dihiasi pelbagai props. Satu Majlis diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah.AJK PIBG bersama pengurus-pengurus TDM dan Kilang sawit Sungai Tong turut hadir memeriahkan suasana pada hari itu.
Jamuan hari raya ini bermula pada jam 10.00 pagi. Kemeriahan sambutan hari raya jelas dapat dirasakan dengan pelbagai jenis kuih muih . Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar En.Zainuddin bin Dollah. Majlis telah berjalan dengan lancar dan harmoni. murid turut menyampaikan ucapan kepada para guru dengan mendendangkan lagu raya. Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu-lagu raya yang mengiringi sepanjang majlis berlangsung.
 
Alhamdulillah kita diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri lagi pada tahun ini. Buat guru-guru, admin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan atas kesalahan yang mungkin admin ada lakukan selama admin menguruskan web ini.
 Match pakaian raya antara guru dan murid...sangat warna warni...suka admin tengok
Barisan tetamu vip yang hadir beraya bersama warga SKKFST
Insan-insan disebalik tabir perjalanan majlis.
Warna warni selfie warga SKKFST yang sempat lensa admin snap.Sungguh meriah majlis pada hari itu.
Diharapkan, majlis yang diadakan ini dapat memberi pengalaman bermakna serta kenangan manis buat semua murid dan warga sekolah.
P/S : yang xde gambar kat sini tolong jangan menangis tepi bucu..admin akan siarkan dalam FB rasmi sekolah..tengoklah puas-puas kat sana...:)


No comments:

Post a Comment