MENU SEKOLAH

Saturday, 5 August 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-60


Tema ‘Negaraku #SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017.Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.
 
RASIONAL TEMA
NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.


" TEMA : NEGARAKU  SEHATI  SEJIWA "

No comments:

Post a Comment