MENU SEKOLAH

Sunday, 14 January 2018

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE


14 Jan 2018 ( Ahad ) - Pelantikan guru-guru sebagai mentor kepada murid -murid yang dibahagikan mengikut kelas masing-masing telah dilancarkan semalam. Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En.Zainuddin bin Dollah.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.


RASIONAL
1.Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
2. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.


OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
  3.Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
 MURID PRA BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 1 BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 2 BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 3 BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 4 BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 5 BERSAMA MENTOR
 MURID TAHUN 6 BERSAMA MENTOR

 
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.


 

No comments:

Post a Comment