MENU SEKOLAH

Monday, 22 January 2018

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program dan aktiviti yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.
TUJUAN PROGRAM
1.Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan perasaan yang gembira serta tidak takut dengan suasana yang baru.

 

No comments:

Post a Comment