MENU SEKOLAH

Saturday 28 April 2018

MARI MEMBACA SERENTAK SELAMA 10 MINIT 2018

  Setiu - Program "Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes" secara serentak seluruh Malaysia telah berjaya disahut oleh warga SKKFST yang telah berlangsung pada 24 April 2018 ( Selasa ) bersama seluruh rakyat Malaysia. Program dijalankan tepat jam 11.00 pagi dan berakhir 11.10 pagi.
Pelbagai bahan bacaan seperti buku, novel, majalah, suratkhabar dan buletin dijadikan bahan untuk program jom baca ini. Program ini merupakan salah satu dari program galakkan membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid dan juga kakitangan disamping dapat memberi dan menambah ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment