MENU SEKOLAH

Sunday 25 November 2018

MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN KASIH CIKGU HAJAH ROKIAH BT MOHAMAD

Alhamdulillah..
Pada 19 November  yang lepas  warga SKKFST telah berjaya mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan guru, Cikgu Hajah Rokiah bt Mohamad. Majlis diadakan di Kantin SKKFST. Kehadiran beberapa jemputan VIP bersama murid dan warga sekolah turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah disusun dan disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis. Antaranya ialah, menyambut ketibaan cikgu Rokiah dengan paluan kompang sambil diarak ke Kantin, disambut oleh pasukan silat, ucapan, persembahan murid, pemberian hadiah perpisahan daripada murid dan warga sekolah.
Akhir kata…kami semua mengucapkan selamat bersara untuk Cikgu Hjh Rokiah dan mendoakan semoga beliau beroleh ketenangan, sihat walafiat, murah rezeki dan di panjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti....Amin….


 BUDIMU  DISANJUNG..

KENANGAN  BERSAMA  TERPAHAT DIHATI..


No comments:

Post a Comment