MENU SEKOLAH

Sunday 25 November 2018

SALAM PERPISAHAN USTAZAH ANIZAH

22 November 2018 (Khamis) - " Bertemu dan berpisah adat manusia biasa " Setelah 6 Tahun berkhidmat akhirnya kita terpisah di sini....
Majlis Perpisahan dan Pertukaran Ustazah Anizah telah diadakan pada jam 12.30 tengahari bertempat di Kantin SKKFST. Majlis berlangsung dengan penuh rasa hormat dan keadaan sayu dibelenggu warga sekolah mahupun murid-muridnya. Pertukaran Ustazah Anizah Ke Pulau Pinang memang sangat memberi kesan kepada semua warga SKKFST terutamanya murid-murid tahun 5 merangkap guru kelas mereka. 
 
Ustazah anizah merupakan seorang guru Bahasa Arab yang sangat berdedikasi, kreatif, rajin, dan berkarisma tinggi. Beliau telah banyak membangunkan sekolah dari segi keceriaan dan kebudayaan.

Pertukaran beliau sangat memberi kesan kepada semua warga SKKFST. Semoga beliau akan terus berjaya dengan kerjaya beliau sebagai guru di sekolah baharu nanti. 

- SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU -
_ JANGAN LUPA KAMI DI SINI - 
 BUDIMU DISANJUNG..USTAZAH ANIZAH DALAM KENANGAN KAMI..SELAMAT BERBAHAGIA DITEMPAT BAHARU..JANGAN LUPA KAMI DI SINI..

No comments:

Post a Comment