Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, ibu bapa / penjaga murid Tahap 1 2019, mulai tahun ini pihak KPM telah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan sistem yang baharu. Sistem tersebut tidak lagi melaksanakan peperiksaan di sekolah.Oleh itu SKKFST hari ini, 3 Julai 2019 telah mengadakan satu Taklimat berkenaan PBD dihadapan ibu bapa / penjaga murid Tahap 1.
Taklimat di sampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKFST Cikgu Faizal bin Din. Penyerahan Pelaporan Bilik Darjah diserahkan oleh Guru Kelas kepada waris. Terima kasih di atas kehadiran waris dalam program ini.
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran

No comments:
Post a Comment