MENU SEKOLAH

Monday 16 September 2019

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441H

Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam. Ia merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu, berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
   Rentetan daripada memperingati peristiwa bersejarah ini, Majlis sambutan Maal Hijrah 1441H telah dilaksanakan pada tanggal 12 Sept 2019 (Khamis), di SKKFST. Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada murid-murid tentang maksud hijrah yang sebenarnya dan mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Selain itu, murid-murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah dan dapat menambah pemahaman dalam subjek Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment