MENU SEKOLAH

Tuesday 15 October 2019

KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Bulan Sukan Negara yang dahulunya dikenali sebagai Hari Sukan Negara telah ditambah baik dengan pelaksanaan secara berterusan sepanjang bulan Oktober menggunakan konsep yang lebih mudah dan menarik orang ramai. Ianya adalah satu agenda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dengan mendorong mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi.
Mengambil inisiatif tersebut, Unit Kokurikulum SKKFST telah mengadakan satu kejohanan Bola Tampar antara rumah sukan pada 15 Oktober ( Selasa ).
Acara dimulakan dengan pemanasan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh instructor hebat
Aksi-aksi sepanjang perlawanan yang sempat dirakam lensa admin
Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Cikgu Faizal bin Din, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKKFST
Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Johan Perempuan : Rumah Merah
Johan Lelaki : Rumah Kuning
Penyampaian cenderamata kepada para pengadil dan warga kerja
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA DAN PEMENANG. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA SKKFST DI ATAS SEGALA KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN.


No comments:

Post a Comment