MENU SEKOLAH

Sunday, 13 August 2017

DUA DALAM SATU


 
TEMU MURNI , Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UPSR
Aturcara majlis adalah seperti yang berikut :-
 
5.00 petang : Kehadiran ibu bapa
7.00 malam : Jamuan ( makan malam )
7.30 malam : Solat maghrib, solat hajat, bacaan Yasin & tahlil.
8.45 malam : Solat Isyak, Ucapan Guru Besar 
9.30 malam : Bersurai.

8 Ogos 2017- Pada hari Selasa lepas,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. 
Dalam majlis temu murni itu juga pihak pengurusan berbesar hati menyampaikan hadiah untuk anugerah pencapaian terbaik percubaan UPSR yang disampaikan Tuan Guru Besar kepada murid-murid yang telah berjaya.Hadiah ini boleh dijadikan sebagai satu semangat untuk mereka supaya berusaha dengan lebih gigih demi mencapai kejayaan yang cemerlang.
          Majlis solat hajat ini diimamkan oleh Ustaz Abdul Rahman. Majlis yang bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 7.30 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan Yassin dan ucapan Guru Besar serta tazkirah.Semoga calon-calon UPSR 2017 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment