MENU SEKOLAH

Saturday 2 August 2014

Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftar Jamaie Guru & Kakitangan SKKFST 1435H

Kelab Guru & Kakitangan SKKFST telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadan 1435H. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Ladang dan Kilang Sawit berhampiran, AJK-AJK PIBG serta peserta-peserta Khatam Al-Quran.
Majlis dimulakan dengan acara khatam al-Quran, iftar jamaie, sembahyang maghrib.
 Antara objektif program adalah menghayati keistimewaan beribadah di bulan Ramadhan. Di samping itu diharap program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dan kepentingan perpaduan ummah. Semoga hubungan silahturrahim antara para tetamu, guru-guru dan para pelajar terlibat lebih erat terjalin.
 
Khatam Al-Quran  diketuai oleh Ustaz Azman Ali Akmal ( KAFA )
Pemberian cenderamata penghargaan kepada murid sempena Khatam Al-Quran
Antara tetamu yang hadir pada majlis Iftar
"Ice-cream corner" antara yang ditunggu oleh semua murid.
Persiapan tempat dan juadah berbuka oleh guru-guru dan kakitangan


No comments:

Post a Comment