Kelab Guru & Kakitangan SKKFST telah mengadakan
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadan
1435H. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Ladang dan Kilang Sawit berhampiran, AJK-AJK PIBG serta peserta-peserta Khatam Al-Quran.
Majlis dimulakan dengan acara khatam al-Quran, iftar jamaie, sembahyang
maghrib.
Antara objektif program adalah menghayati keistimewaan beribadah di
bulan Ramadhan. Di samping itu diharap program ini dapat memupuk
nilai-nilai murni dan kepentingan perpaduan ummah. Semoga hubungan
silahturrahim antara para tetamu, guru-guru dan para pelajar terlibat
lebih erat terjalin.
No comments:
Post a Comment