...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 31 December 2012


01.01.2013..Selamat Tahun Baru dan Selamat Memulakan sesi persekolahan yang baru kepada semua murid,serta selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia am nya dan guru-guru SKKFST khasnya.

Semoga Tahun baru ini bersama azam baru kita semua akan mencipta lebih banyak kejayaan.iAllah...

Sunday, 30 December 2012

TAKLIMAT KSSR & PBS

TARIKH : 31 DIS 2012
MASA    : 10.30 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

Satu taklimat berkenaan KSSR & PBS telah diberikan kepada Ibubapa/Penjaga murid Tahap 1
SKKFST. Puan Guru Besar telah membentangkan dengan lebih lanjut supaya mereka lebih memahami kaedah dan cara menilai anak mereka di sekolah.



Saturday, 29 December 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Sesi persekolahan akan bermula pada 03.01.2013 (Selasa) ini. Diharap semoga semua murid sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2013 dengan semangat juang yang tiggi bagi mencapai KEJAYAAN...

Tuesday, 4 December 2012

BERAT SAMA DIPIKUL...RINGAN SAMA DIJINJING...

Pekerja kebersihan sekolah dalam proses penanaman semula pokok-pokok bunga di kawasan sekolah.walaupun kerja yang agak berat untuk dilakukan oleh kudrat seorang perempuan tetapi mereka tetap bekerja dalam suasana yang gembira.

Monday, 26 November 2012

TAHUKAH AND@ !!!


 
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

TAHNIAH...

Tahniah diucapkan buat pasangan Nooranizah ( J-QAF )dan Akmal yang selamat diijabkabul pada 22 Nov 2012 lalu di kampung halaman Kuala Nerang,Kedah.Semoga hati yang disatukan akan berkekalan dan bahagia selamanya.Amin...

Monday, 19 November 2012

BILA KEPUTUSAN DIUMUMKAN

19 Nov 2012 Umum mengetahui keputusan UPSR 2012 telah diumumkan di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Hanya 2 calon dari SKKFST yang mendapat keputusan 5A,walaubagaimanapun 100% adalah lulus semua mata pelajaran dengan tiada calon yang mendapat D serta GPS sekolah ialah 1.95.Murid yang berjaya mendapat 5A adalah adik Che Wan Haifa Irdina dan adik Nur Asyiqin.
TAHNIAH  diucapkan kepada semua yang berjaya.

Saturday, 17 November 2012

SEMBANG AHAD

 

pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000...

mahal ke? murah je...
ini jawapan balas pihak lelaki

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

Tuesday, 13 November 2012

MUSIM CUTI SEKOLAH VS MUSIM KAHWIN

Nampaknya musim cuti sekolah menjengah lagi. Diselang seli pula dengan musim perkahwinan. Begitu rancak sekali.
kawan-kawan yang sebaya mahupun muda sedikit sudah ramai yang menamatkan zaman bujang. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Ada yang sudah mempunyai anak. Bahagianya.... Kepada kawan-kawan yang melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini saya ucapkan Tahniah, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal hingga akhir hayat. Bahagia dan dimurahkan rezeki. Amin.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustazah J-QAF SKKFST, Siti Nooranizah binti Saloji yang akan melangsungkan hari bahagia bersama pasangan Akmal pada 22 Nov 2012 di Kampung Halaman beliau di Kuala Nerang,Kedah Darul Aman.Semoga hati yang disatukan akan kekal hingga syurga.Amin....

SANTAI-SANTAI

"Kenapa Semuanya diadakan di KFC?"
itulah tajuk kita hari ini...macam program TV la pulak~~
cerita ni semuanya berkaitan dengan cik YAM...
kita pegi ke sini mesti jumpa cik YAM, sampai cik YAM pon naik boring jumpa kita...
apa yang penting..KFC inilah menjadi medan pertemuan tak kira yang muda @ yang tua...
jadi apa jenis "program" yg diorang buat kat KFC ni?
jom baca!


Pasangan Couple
kenapa kat KFC?
sebab korang fikir mak ayah ni jenis x suka KFC...makanan segera camni..
jadi ni lah peluang nak dating...mesti diorang x terserempak dgn korang punya!hahaha
bagi pasangan yg baru kenal @ dah memang lama couple inilah masa-masa yg dinantikan
dah tentu la kat KFC...

dah macam tak ada tempat lain aku tengok..selalunya memang macam nie
diorang nak buat sesi suap menyuap tulang ayam kot...u suap i, i suap u..hahaha
lepas tu beli air yang gelas saiz besar tu...boleh la minum 2 org untuk 1 gelas...haha
maklum la kat kedai makan lain tak ada gelas sebesar gajah macam tu..nanti x sweet lah kan..?haha


Sambutan Hari Jadi
kenapa kat KFC?
mmm..sebab saje korang la tu nak bagi ader feel sikit..
sambut kat KFC ader air-cond..sambut kat rumah panas..takut tetamu rimas la pulak kan..hehe
dan secara betulnya aku cakap...tuan yang punya hari jadi tu x rasa terkejut pun rasanya..

sebab dia tahu hari ni hari jadi dia..lepas tue engko ajak dia pegi KFC pulak..
memang sah la nak sambut hari jadi kan<<--ni kes perasan
dengan bangganya korang bawak kek empat belas tingkat...dan mula la pegi sambung meja bagi panjang...kesian pekerja KFC kena kemas balik dengan sisa makanan yang bersepah macam hantu raya lepas makan ..haha dan korang kena tau..yang korang telah membuat bising...maklum la party xkan nak senyap dalam hutan pulak...


Reunion
kenapa kat KFC?
yang ni memang jenuh aku jumpa..
pantang ader cuti panjang skit..mula la buat reunion...
tuan pencadang mula create "event" kat facebook..dan bercerita tentang tempat dan masa..
x lupa jugak bayaran <<--ni yang x sdap didengar ni~~
maklum la nak jumpa kawan2 lama yang 1 bulan sudah lama terpisah ..kuakuakua..
bila dah lama x jumpa pelbagai la topik nak diceritakan..kalau boleh dari A smpai Z~
lelaki dgn pompuan x kurang hebatnya..mesti citer hal couple masing2 kan?
yang ni mesti sama gak mcam tadi...mesti bising mcm reban ayam ni...lantak korang lah...
 
Baru Habis Exam
kenapa kat KFC?
memang tradisi pelajar2 malaysia..abis jer exam mesti nak enjoy kat KFC..
dengan x mandi, pegi terus dengan pakai baju skolah mmbusuk dalam KFC..hhaha
enjoy la katakan...dengan keadaan stress menjelang peperiksaan mmg patut kita enjoy..
nak lepaskan semua la katakan yang terpendam dalam otak ni..

Sunday, 11 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 2012



Selamat menyambut Awal Muharram 1434H kepada semua umat islam di dunia terutama kepada pengunjung Blog ini. Tahun 1433 Hijrah telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis, kejayaan dan kegagalan, serta bermacam-macam jenis pengalaman yang telah kita lalui sepanjang kita hidup sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, jutaan rasa syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita semua.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam sepertimana yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan dipersetujui oleh para sahabat ketika itu. Ianya merupakan suatu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam dan telah dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.



Kemuliaan Bulan Muharram

Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) kerana kemuliaan dan kelebihan bulan ini. Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tiada bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah disebabkan besarnya kehormatannya.Setiap amalan yang dilakukan pada bulan Muharram ini akan dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda. Jika dilakukan dosa-dosa pada bulan ini, maka akan berlipat kali ganda juga dosanya.

Peristiwa Penting Bulan Muharram

1 Muharram:
  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram:
  • 10 Muharram dinamakan juga sebagai Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah daripada pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah daripada penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar daripada perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampunkan oleh Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan oleh Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy (tempat Allah bersemayam).
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz – lembaran tempat dituliskan segala amal dan perbuatan seseorang yang akan diperlihatkan kepadanya ketika hari perhitungan atau hari akhirat (yaumilmahsyar).
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit
     

Sunnah Rasulullah di bulan Muharram

Disunatkan pada bulan Muharram ini untuk kita berpuasa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah bulan Allah yakni Muharram.”
Akhirnya Hijrah 1433 dan permulaan lembaran baru tahun Hijrah 1434 ini diharap dapat kita jadikan sebagai titik tolak untuk kita penuhi tahun ini dengan azam dan semangat yang lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jadikan tahun ini sebagai tahun untuk kita berhijrah ke arah kebaikan, meninggalkan segala kejahatan dan keburukan. Semoga setiap perlakuan dan perbuatan kita hari ini dan hari-hari seterusnya akan mendapat keberkatan dan diredhai Allah Ta’ala. Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H.

Saturday, 10 November 2012

Renungan Ahad


















ada satu kisah hamba Allah ini nak menunjukkan pada penduduk di desa nya bahawa beliau adalah seorang yg kaya dan berkuasa. slogan yg digunakan nya adalah - ada duit, ada kuasa, ada kuasa ada duit. duit dan kuasa berpisah tiada.

kerana terlalu nak menunjukkan dia nya kaya dan berkuasa, beliau telah membeli sautas tali yg nilai nya terlalu tinggi hanya untuk menambat saekor lembu. kemudian beliau menghebahkan nya keseluruh desa bahawa beliau mempunyai wang yg banyak sahingga boleh beli tali untuk tambat lembu nya berharga ratusan ribu.

tetapi tindakan beliau tersebut ditegur oleh seorang kanak kanak dengan menyatakan alang kah baik nya jika orang kaya tersebut membeli lembu yg banyak dan sedekah pada orang miskin, ini akan memberi imej yg tinggi atas sedekah nya kerana membantu orang miskin.

tetapi saperti biasa, orang kaya mana yg tak sombong. bak kata cerita melayu dulu kala, saperti yg diceritakan dalam 'Singapura di langgar todak'. budak tersebut dihalau keluar desa kerana orang kaya tersebut ada duit dan ada kuasa.

untuk renungan saja, cerita ini tiada kene mengena dengan yg hidup atau yg dah meninggal dunia

Wednesday, 7 November 2012

SELAMAT BERCUTI!!!

Esok bermula cuti akhir tahun buat semua yang bergelar pendidik dan murid untuk sesi 2012.semoga apa yang telah didapati tahun ini akan digunakan dan diamalkan dengan penuh bermakna.Jaga diri dan jumpa lagi tahun hadapan.

Monday, 5 November 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2012

Tarikh : 6 Nov 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.30 Pagi
Perasmian oleh : Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato'Mohd Said
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Setiu
Pembukaan Majlis "Hari Konvokesyen Prasekolah sesi 2012"
Pendaftaran ibu bapa dan VIP
 Ucapan oleh Ketua Murid - Muhammad Hafiz bin Mohd Hamdan
"Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar dan Perasmian oleh Tuan Timbalan Pegawai PPDS"
Penyampaian anugerah dan sijil kepada murid yang berjaya
Anugerah :  Tokoh Ko-Akademik - Che wan Haifa Irdina
Tokoh Ko-kurikulum - Nor Asyiqin & Ahmad Jazlan Aqil
Tokoh Kurikulum - Che Wan Haifa Irdina
Tokoh Murid - Nor Asyiqin
"Persembahan daripada murid-murid"

"Sang puteri baiklah rupa,
Menjadi bualan orang lama,
Majlis kami tidaklah seberapa,
Agar menjadi kenangan buat semua"



Sunday, 4 November 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN 2012

30,31 Okt & 1 Nov 2012  - Perkhemahan Tahunan pada tahun ini telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula 30hb Oktober dan berakhir pada 01hb November 2012. Program dijalankan di Tapak Perkhemahan SKKF. Seramai 47 orang murid terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 telah terlibat.
"Pertandingan Kawad Kaki"
 "XTVT sepanjang program"
"Pertandingan kuboid dan origami"
"malam kebudayaan"
 "Majlis penutup yang dirasmikan oleh Puan Guru Besar"
 "gambar kenangan sebelum pulang"


Saturday, 3 November 2012

KARNIVAL BOLA TAMPAR SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER 2012

Karnival Bola Tampar bawah 11 telah diadakan di SK Dusun pada 2 & 3 November 2012.Pasukan perempuan B11 SKKF telah mendapat tempat ke3 manakala pasukan lelaki hanya mendapat saguhati.Walaubagaimanapun TAHNIAH diucapkan kepada peserta kerana berjaya menyahut cabaran tersebut.

Tuesday, 23 October 2012

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI


Ahmad Jazlan Aqil bin Rokzi,murid tahun 6 SKKF telah dicalonkan ke Pemilihan Akhir Ke Sekolah Sukan Malaysia di Pusat Kecemerlangan Sukan Tasik Titiwangsa pada 28 Okt - 1 Nov 2012.Semoga berhasil hendaknya.Amin....



KHATAM AL-QURAN PRASEKOLAH 2012

Majlis Khatam Al-Quran Program Pintar Quran Prasekolah:
Tarikh : 23 Okt 2012 ( Selasa )
Tempat : Stadium Tertutup,Kompleks Sukan Negeri,Kuala Terengganu
Majlis yang  dirasmikan oleh KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-WATHIQU BILLAL SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang hadir bersama KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NURZAHIRAH,turut mengiringi Menteri Besar Terengganu Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dan isteri telah mengumpulkan seramai hampir 9000 murid prasekolah,KEMAS dan juga Yayasan Islam Terengganu.SKKF menghantar 4 orang murid yang telah khatam Al-Quran.
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam, maka tidak akan diterima agama selainnya. Islam iaitu tunduk dan patuh hanya kepada Allah secara lahir dan batin, tunduk kepada apa yang telah disyariatkannya dalam Al Quran, dan yang disampaikan oleh Rasul-Nya saw. Allah berfirman: "Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".



Monday, 22 October 2012


KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR B11 NEGERI

NAIB JOHAN NEGERI 2012

Karnival Bola Tampar Peringkat Negeri diadakan pada 18-19 Okt 2012 bertempat di SMK Bukit Nenas.Tahniah daripada admin di atas kejayaan yang dicapai.

KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN DAERAH SETIU 2012

TEMPAT KE-3
Kejohanan telah diadakan pada 21 Okt 2012 (ahad) bertempat di SMK Saujana,Setiu.Seramai 21 pasukan telah mengambil bahagian.SKKF hanya mampu mendapat tempat ke-3 selepas ditewaskan oleh pasukan dari SK Putera Jaya 8-5.walaubagaimanapun admin mengucapkan syabas kepada peserta atas kemenangan walaupun hanya mendapat tempat ke-3.Hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Sukan PPD Setiu,En.Mohd Khalili bin Mohamed Nawi.



Tuesday, 16 October 2012

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Selamat kembali bertugas diucapkan kepada Ustazah J-QAF, Siti Nooranizah binti Saloji ke SKKFST

Monday, 15 October 2012

PROJEK AKHIR TAHUN 2012

Projek akhir tahun untuk murid Tahun 6 yang dibimbing oleh Cikgu Sulaiman telah siap disempurnakan.Projek yang hanya mengambil masa seminggu ini sekaligus menjadi cenderahati kepada murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam sekolah rendah tidak lama lagi.