Saturday, 30 May 2015
Tuesday, 26 May 2015
SAMBUTAN HARU GURU PERINGKAT DAERAH SETIU 2015
at
17:37
Setiu - 26 Mei 2015 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat daerah Setiu bagi tahun 2015 bertempat di Dewan Sungai Tarom,Setiu.Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee. Turut diundang kemajlis tersebut ialah Mantan GB SKKFST Puan Zakiah binti Hasshim.
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Sunday, 24 May 2015
KURSUS LADAP PBPPP 2015
at
17:51
TARIKH : 24 MEI 2015
MASA : 1.45 PTG - 2.30 PTG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
HARI : AHAD
ANJURAN : UNIK KURIKULUM SKKFST
PENCERAMAH : PUAN ROSLIWATI BINTI SIDIK AHMAD ( PK PENTADBIRAN SKKFST )
KEHADIRAN : SEMUA GURU SKKFST
MASA : 1.45 PTG - 2.30 PTG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
HARI : AHAD
ANJURAN : UNIK KURIKULUM SKKFST
PENCERAMAH : PUAN ROSLIWATI BINTI SIDIK AHMAD ( PK PENTADBIRAN SKKFST )
KEHADIRAN : SEMUA GURU SKKFST
1. LATAR BELAKANG PBPPP
PTK digantikan dengan penilaian baru yang
lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan
serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia
relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan
kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang
sedang disediakan oleh JPA”
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cik Khairiah binti Abd Manan [ Pegawai LINUS (BI) ] merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi meluangkan masa bersama kami dalam sesi taklimat PBPPP.
Sehubungan dengan ini, maka semua guru SKKFST
telah selesai mengikuti Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini merupakan
salah satu daripada kursus LADAP yang berasaskan sekolah.Terima kasih atas komitmen yang telah diberikan.
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Saturday, 23 May 2015
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU 2015
at
19:53
SETIU NELANG !!!
Kejohanan Bola Tampar MSST Terengganu telah diadakan pada 21 - 22 Mei 2015 yang lalu bertempat Di Gelanggang Bola Tampar Pejabat Daerah Kemaman.
Sukacita dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut Pasukan Bola Tampar Lelaki 12 tahun Setiu telah muncul tempat ketiga setelah tewas dengan Daerah Dungun 15 - 13 dan 15 - 14 manakala Pasukan Bola Tampar Perempuan 12 tahun Setiu kalah awal juga tewas dengan Daerah Dungun.
Walau bagaimanapun, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada
pasukan Daerah Setiu,Pengurus Pasukan,Jurulatih serta penyokong - penyokong setia.Biarpun tidak mencapai kemenangan tapi Percayalah, sukar untuk mencapai ketahap ini. Semoga kejayaan
tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan
yang lain untuk mencipta kejayaan.
Terima kasih juga ditujukan buat mantan GB Puan Zakiah binti Hasshim kerana turut hadir memberi semangat kepada pasukan dan terus-menerus menyokong perjalanan aktiviti SKKFST.
Berita bergambar :
Tahniah diucapkan kepada pasukan SETIU serta guru - guru yang terlibat menjayakan kejohanan ini secara langsung dan tidak langsung.
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST 2015 :
LELAKI B12
JOHAN - HULU TERENGGANU
NAIB JOHAN - DUNGUN
KETIGA BERSAMA - SETIU & KEMAMAN
PEREMPUAN B12
JOHAN - KUALA NERUS
NAIB JOHAN - HULU TERENGGANU
KETIGA BERSAMA - DUNGUN & BESUT
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Wednesday, 20 May 2015
KARNIVAL KO KAKADEMIK BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015
at
18:52
Rabu... 20 Mei 2015 , Karnival Ko Akademik Bahasa Inggeris Peringkat negeri Terengganu telah diadakan di sk putera Jaya, Setiu. Sebanyak 8 Daerah seluruh Negeri Terengganu telah menghantar wakil masing-masing untuk berentap.SKKFST mewakili Daerah Setiu dalam Kategori Story Telling, namun demikian, rezeki bukan milik SKKFST pada hari itu yang mana peserta Setiu telah tewas dengan daerah-daerah lain yang bertanding. Walau bagaimanapun satu pengalaman kepada Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin kerana telah berjaya hingga keperingkat ini. Semoga lebih berjaya pada masa depan.
Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin.
Diharap Karnival Bahasa Inggeris ini dapat menerapkan lagi minat para murid terhadap bahasa kedua ini.
Ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato' Mohd Said , Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.
Bersama Jurulatih Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Antara aksi-aksi peserta Story Telling.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang...yang kurang bernasib baik kita cuba lagi dilain masa...
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Monday, 18 May 2015
SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2015
at
20:57
Warga SKKFST 2015
18 Mei 2015 - SKKFST telah mengadakan
majlis sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja serentak semalam bertempat di kantin SKKFST. Sambutan ini bertujuan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi
yang berwibawa serta penat lelah kakitangan -kakitangan sokongan selama ini.
Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan seterusnya bacaan perutusan-perutusan yang disampaikan oleh GPK-GPK serta ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST.
Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia yang diketuai oleh cikgu Mohd Sabri bin Mohd.
Bacaan ikrar Guru yang diketuai oleh cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Acara memotong kek oleh Tuan Guru Besar bersama GPK-GPK.Kek adalah sumbangan Daripada ADUN Langkap dan bekas murid SKKFST.Terima kasih kepada YB.
Pada sambutan kali ini, acara sukaneka menjadi pilihan warga SKKFST untuk dipertandingkan yang mana sebelum ini permainan bola tampar menjadi taruhan dan kali ini ianya mendapat sambutan hangat murid-murid dan guru-guru begitu teruja untuk menghabiskan permainan.Sambutan sangat meriah dan kecoh sekali.
Gelagat-gelagat semasa acara sukaneka dijalankan.
Hadiah? Biasalah...Hari Guru dan hadiah tidak dapat dipisahkan, ibarat
seperti ubat gigi dan berus gigi. Murid-murid sangat tidak sabar untuk memberi hadiah kepada guru masing-masing. Pekerja-pekerja juga tidak ketinggalan turut mendapat perhargaan daripada murid-murid.
Terima kasih anak-anak....kami sangat menghargai pemberian ini...
Sesi pertukaran hadiah antara guru-guru dan pekerja-pekerja.
Penyampaian hadiah kemenangan dalam acara sukaneka oleh GPK pentadbiran Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad.
Pemberian aiskrim percuma juga turut memeriahkan sambutan Hari Guru Dan hari Pekerja SKKFST semalam. Bukan murid-murid jer malah guru-guru turut beratur mendapatkan aiskrim...hehehe..... Terima kasih kepada Puan Natitah ( PT ) kerana belanja kami..... :)
Ucapan terima kasih kepada pihak kantin untuk hidangan yang sangat lazat dan awesome... :)
Ucapan terima kasih kepada pihak kantin untuk hidangan yang sangat lazat dan awesome... :)
Akhir kalam...terima kasih atas semua komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan Hari Guru & Hari Pekerja bagi tahun ini. " saya sayang cikgu saya "
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Saturday, 16 May 2015
GOTONG ROYONG PERDANA 2015
at
17:24
16 Mei 2015 ( sabtu ) – Sempena Hari Guru semalam Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Masyarakat Sejahtera yang melibatkan semua guru, murid, kakitangan serta warga sekolah diseluruh negeri Terengganu. Acara tersebut yang bermula pada jam 8.15 pagi dimulakan dengan para guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan gotong-royong yang telah disampaikan oleh penyelaras unit kebersihan dan keceriaan.
Selepas taklimat, para hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, di mana semua guru dan kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan membersihkan dan menceriakan zon yang telah diperuntukkan kepada kumpulan masing-masing.
Aktiviti gotong royong ini selesai pada pukul 10.00 pagi. Diharapkan agar para murid akan terus memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-masing berkekalan agar sesi pembelajaran akan dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa.
Gotong Royong Perdana Sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Sekolah Terbersih.
Pihak pengutrusan SKKFST mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru dan kakitangan serta warga SKKFST yang telah hadir memeriahkan Gotong-Royong
Perdana 2015, juga kepada murid-murid yang turut menyumbangkan masa dan
tenaga.
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "
Subscribe to:
Posts (Atom)