Nisfu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut
“Allah
melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia
ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan
yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban,
al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah
al-Ma`arf, Riyadh)
Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi
kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang
telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud,
membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk
diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada
Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga
kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda
berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa,
dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah
melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan)
melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Daripada
hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan
sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban
dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih
hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan
sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada
nifsu sya'ban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari
nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi
memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah
mengikut sunnah.
TETAPI
Jika
seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa
pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka
sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.