Wednesday, 23 July 2014
Monday, 21 July 2014
Sunday, 20 July 2014
Wednesday, 16 July 2014
MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
at
18:07
Lailatul
Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat
istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari
surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di
Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi
malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya
: Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di
sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam
yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah
Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya
(malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya
: " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi
menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak
menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" (
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, 15 July 2014
SALAM NUZUL AL-QURAN
at
20:18
Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam
sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat
selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan
panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Firman Allah SWT: “Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran
ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran.
Saturday, 12 July 2014
Wednesday, 9 July 2014
ADAB-ADAB BERBUKA PUASA MENURUT SUNNAH NABI SAW.
at
23:15
Adab-adab
berhubung dengan ibadah mestilah mengikut kehendak ALLAH swt iaitu
berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Jadi sempena Bulan Ramadhan
yag mulia ini marilah sama-sama kita berusaha mengikut dan mengamalkan
adab-adab berpuasa menurut sumber yang diredhai ALLAH swt iaitu
al-Quran dan Sunnah.
Sehubungan itu antara adab-adab berbuka puasa mengikut Sunnah Nabi saw adalah seperti berikut:
1.Segera berbuka puasa apabila masuk waktu atau disebut sebagai ta’jil al-iftar.
5.Berdoa ketika berbuka puasa.
2.Berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air.
3.Menyegerakan Solat Maghrib selepas berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air sekiranya makanan belum dihidangkan.
4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka puasa.
6.Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa.
-SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA-
Sunday, 6 July 2014
Tuesday, 1 July 2014
PROGRAM TADARUS AL-QURAN DIBULAN PUASA
at
00:15
Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, waktu rehat murid dan guru telah diganti dengan program Tadarus
Al-Quran yang dilakukan di kantin SKKFST.Dalam program
tersebut, kumpulan murid dan guru duduk bersama pasangan masing-masing yang telah ditetapkan untuk memperdengarkan bacaan sekurang-kurangnya sebanyak 1 mukasurat sehari.Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan
mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA.
Subscribe to:
Posts (Atom)