Sunday, 31 January 2016
Saturday, 30 January 2016
GOTONG ROYONG BANTERAS AEDES BERSAMA KOMUNITI
at
17:58
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 30 Januari 2016 ( Sabtu )
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar Kawasan Luar Pagar Sekolah
Kehadiran: Murid-murid, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan AJK - AJK PIBK.
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar Kawasan Luar Pagar Sekolah
Kehadiran: Murid-murid, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan AJK - AJK PIBK.
Objektif gotong-royong:
Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid, guru-guru SKKFST bersama komuniti setempat.
Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes
Memupuk semangat cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.
Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Pada dasarnya program gotong royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan yang berisiko untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes. Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kebersihan kawasan sekitar terutamanya kawasan yang berdekatan dengan kawasan persekolahan daripada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, program sebegini juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan silaturrahim melalui penglibatan menyeluruh antara guru, murid, kakitangan sekolah dan komuniti Ladang Fikri.Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen padu dalam program tersebut.
UNIT KAUNSELING PPD SETIU BERJUMPA MURID TAHUN 6
at
16:26
Jutaan Terima Kasih kepada Pn Rizah Sulaiman kerana sudi hadir berjumpa murid-murid SKKFST.
Wednesday, 27 January 2016
LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BERSAMA PEGAWAI PPD SETIU
at
22:23
Tarikh : 27 Januari 2016
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer SKKFST
Fasilitator : NURHANIS BINTI MOHD ( Pegawai SISC+
Bahasa Inggeris PPD Setiu )
Ladap yang telah dikelolakan oleh Pn.Nurhanis binti Mohd ( Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris PPD Setiu ) bermula pada jam 2.00 dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Selain penerangan mengenai pembelajaran Abad ke-21 oleh beliau, guru-guru turut mengikuti aktiviti berkumpulan dan membentangkan hasil kerja masing-masing.Semoga ilmu yang diperolehi dalam LADAP kali ini dapat memberikan suntikan semangat buat guru-guru dalam melaksanakan kaedah pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah.
Ucapan Jutaan terima kasih kepada pegawai SISC+ atas ilmu yang diberikan.
VERIFIKASI MAKMAL TERBAIK 2015
at
22:11
27 Januari 2016 - Setelah beberapa kali pemantauan dibuat daripada pegawai JPNT akhirnya Makmal Komputer SKKFST tercalon dalam Pertandingan Makmal Komputer Terbaik Tahun 2015 Kategori Sekolah Rendah. Hari Rabu lalu SKKFST telah dikunjungi 2 orang pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu ( BTPN ) bersama 2 orang pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Langkap.Tujuan kedatangan pegawai-pegawai tersebut adalah untuk melihat Makmal Komputer berdasarkan instrumen yang telah diberikan.
Monday, 25 January 2016
Saturday, 23 January 2016
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2016
at
22:24
24 Jan 2016 - SKKFST telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Pra Sekolah Hingga Tahun 6.Program telah diadakan di Tapak Perhimpunan SKKFST.Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor.
Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.
Tahniah- mentor-mentor yang menerima watikah pelantikan masing-masing yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.
MENTOR MENTEE PRASEKOLAH ADWAN
MENTOR MENTEE TAHUN 1 KENANGA
MENTOR MENTEE TAHUN 2 CENDANA
MENTOR MENTEE 3 MAWAR
MENTOR MENTEE 4 SEROJA
MENTOR MENTEE 5 ORKID
MENTOR MENTEE 6 MELATI
NOTA KAKI :
Program mentor mentee adalah satu aktiviti di bawah Pelaksanaan Guru Penyayang. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermaksud Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabra. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid ibubapa, komuniti dan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)